Orang Luar Dilarang Masuk. Akhirnya Ini Status Terkini Keadaan Penduduk Dan Warga Asing Di 2 Taman Perumahan Sepang Setelah Disaring Selepas Kesan 20 Kes Covid 19

Orang Luar Dilarang Masuk. Akhirnya Ini Status Terkini Keadaan Penduduk Dan Warga Asing Di 2 Taman Perumahan Sepang Setelah Disaring Selepas Kesan 20 Kes Covid 19

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan ujian saringan terhadap semua penduduk di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama Bukit Changgang, Kuala Langat susulan terdapat 20 kes positif C0vid-19 di kawasan tersebut.

Orang Luar Dilarang Masuk. Akhirnya Ini Status Terkini Keadaan Penduduk Dan Warga Asing Di 2 Taman Perumahan Sepang Setelah Disaring Selepas Kesan 20 Kes Covid 19
Orang Luar Dilarang Masuk. Akhirnya Ini Status Terkini Keadaan Penduduk Dan Warga Asing Di 2 Taman Perumahan Sepang Setelah Disaring Selepas Kesan 20 Kes Covid 19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, langkah tersebut adalah sebagaimana prosedur KKM, di mana saringan akan dilakukan di lokaliti yang dikesan merekodkan kes positif C0vid-19. “Kalau lokaliti itu terlibat kes positif, apa yang kami lakukan adalah saring semua, termasuk warganegara dan bukan warganegara di dalam lokaliti itu.

ARTIKEL MENARIK:Tahniah Malaysia negara pertama dan paling cepat berjaya bendung Covid 19. Tak sangka gara gara KKM lakukan 2 tindakan unik ini akhirnya Malaysia berjaya bendung wabak dari tular

“Kita saring semua orang kerana barangkali ada pendedahan bila pergi mereka ke kedai dan sebagainya,” katanya menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media KKM petang Rabu. PKPB : 2 PERUMAHAN TAMAN LANGAT MURNI DAN TAMAN LANGAT UTAMA BUKIT CHANGGANG DI SEPANG DIKENAKAN PKP PENTADBIRAN

Bukan PKPD tapi PKP pentadbiran sahaja

Bagaimanapun jelas Dr Noor Hisham, kawasan yang berkenaan bukan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebaliknya ia adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran. “Kita masih benarkan mereka (penduduk) masuk dan keluar tapi perlu mendaftar namun kita halang orang luar untuk masuk.

“Tapi ini bukan PKPD. Kalau PKPD, tiada sesiapa dibenarkan untuk keluar masuk dan kita akan menyediakan makanan untuk mereka. “Di sini mereka masih boleh keluar tapi kita pastikan kita saring semua orang,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata pihaknya melaksanakan PKP secara pentadbiran di kawasan tersebut selepas 20 warga asing yang bekerja dengan syarikat pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tinggal di taman berkenaan, disahkan positif C0vid-19 pada Khamis lalu.

Tambahnya, polis bersama Pejabat Kesihatan Daerah sudah mengesan 114 kontak rapat kepada pesakit C0vid-19 berkenaan pada Jumaat lalu, di mana kesemuany kini dikuarantin di dua lokasi iaitu Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi.

Tiga perumahan di Sepang dikenakan PKPD?

TERDAHULU, timbul desas desus tiga taman perumahan di Sepang dipercayai dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula tengah malam tadi. Menurut laporan portal Harian Metro, Taman berkenaan adalah Taman Langat Murni, Taman Langat Utama dan Taman Langat Utama 2, berhampiran Bukit Changgang.

Tinjauan Harian Metro mendapati pemasangan pagar kawat duri di kawasan itu juga sudah dilaksanakan sejak tengah malam tadi. Semua penduduk dan pelawat yang berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

Sebelum ini media melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster C0vid-19 baharu membabitkan pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di kawasan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan mengakibatkan seramai 24 warganegara Bangladesh dijangkiti wabak itu. Menurut beliau, kluster berkenaan dikenal pasti sebuah klinik swasta yang bertanggungjawab mengadakan saringan terhadap pekerja syarikat berkenaan.


Loading...
loading...

Katanya, 20 individu yang dikesan dijangkiti menginap di dalam sebuah asrama di kawasan itu, manakala empat lagi individu di sebuah pangsapuri di Nilai, Negeri Sembilan. Kakitangan swasta, Muhammmad Noor Hidayat kamruddin, 31, berkata, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan ahli keluarga ketika berada di tempat kerja.

Dia sepatutnya tamat berkerja pada jam 4 petang ini, namun diarahkan keluarga untuk pulang bagi membuat ujian saringan C0vid-19 hari ini yang diadakan KKM. “Sebelum ini memang tahu ada sekumpulan pekerja warga asing disahkan C0vid-19 dan merasa terkejut apabila dimaklumkan kediaman kami dipasang kawat duri yang dikawal tentera dan polis,” katanya.

Bagi Siti Halimah Hassim, 37, berkata, dia mendapat tahu kawasan itu dikawal anggota keselamatan selepas dimaklumkan suami pada tengah malam tadi. Menurutnya, pagi ini dia bersama empat anak sepatutnya melakukan ujian saringan C0vid-19, namun disebabkan jumlah penduduk yang datang ramai terpaksa menunggu giliran di sebelah petang.

“Setakat ini penduduk masih boleh keluar dan masuk sekiranya mempunyai surat kebenaran, namun selepas menjalani ujian saringan, kami hanya dibenarkan berada di rumah,” katanya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: mStar, Harian Metro, MKN via apampink

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post