Tindakan selebriti Elfira Loy berkongsi dirinya membenarkan anak lelakinya, Muhamad Rayyan Khalaf menggunakan telefon bimbit pada usia lapan bulan mengundang perhatian warganet. Rata-ratanya tidak bersetuju kerana berpendapat masih muda dan akan mengganggu tumbesaran Rayyan.
Elfira Loy nekad belikan Iphone 8 pada ank usia 8 bulan gara gara taknak ank kacau telefonnya. Tak sangka ini respon padu warganet |
ARTIKEL MENARIK:JIKA sebelum ini, perasaan sedih berjauhan dengan keluarga pada Hari Raya Aidilfitri dapat diketepikan memandangkan lebih fokus memikul tugas mengharumkan nama negara di pentas sukan tanah air.
@khairunnisachung: Wow 8 bulan diberikan iPhone. Tidakkah anda merasa terlalu awal untuk mendedahkan dia gajet? Bagaimanapun, bergantung dengan ibu bapa masing-masing kan,” tulis salah seorang pengikut.
Malah, segelintir warganet menyifatkan Rayyan anak yang bertuah kerana diberi gajet mahal. @nrlhdyhisml: 8 bulan pon dah pakai iPhone budak hensem ni. @_dr.izziliyana: 8 bulan dah dapat iPhone, kita ni 80 tahun nanti belum tentu dapat iPhone sedih @_damiahannah.
@fatinazemi_: I pun takda iPhone mahal-mahal tauu. Awww, so cute @aidalaaaa. @snurshamira: Untung Rayyan, 8 bulan dah dapat iPhone. Kita yang dah beribu bulan ni pun tak pernah merasa pakai iPhone,” antara komen yang ditinggalkan. Walau bagaimanapun, Elfira menyatakan Rayyan hanya bermain dengan gajet dalam masa singkat saja.
KENYATAAN ELFIRA LOY
“Akan berumur 8 bulan esok! Jadi saya dapatkan dia iphone jadi takdelah nak kacau telefon mama hehe. “Sekiranya anda malas untuk beratur, anda boleh mendapatkan iPhone asli dari @rouxgadget. Tak senang nak taip dan scroll orang jual iPhone original jadi saya tagging mereka kot kot kalau korang pun nak.
“Dia hanya boleh bertahan selama 15 minit menonton babytv max pastu membosankan. Dia lagi suka kalau mama dia main dengan dia,”tulisnya. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya.
Gempak telah cuba menghubungi Elfira sejak semalam namun gagal. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK via apampink
Kredit: awattsheikh
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment