Inilah orang yang buat Dr Noor Hisham menangis masa sidang media. Tak sangka Datuk Dr Rohaizat bukan calang calang orang

Inilah orang yang buat Dr Noor Hisham menangis masa sidang media. Tak sangka Datuk Dr Rohaizat bukan calang calang orang

“BERDIRI bersama dengan saya adalah Datuk Dr Rohaizat…” Demikian kata-kata pembukaan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setiap kali sidang media harian berkaitan kes Covid-19 diadakan.

Inilah orang yang buat Dr Noor Hisham menangis masa sidang media. Tak sangka Datuk Dr Rohaizat bukan calang calang orang
Inilah orang yang buat Dr Noor Hisham menangis masa sidang media. Tak sangka Datuk Dr Rohaizat bukan calang calang orang

Terngiang-ngiang nama Dr Rohaizat sehinggakan seluruh rakyat Malaysia khususnya dapat menghafal ungkapan tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Sempadan negara dibuka. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan yang sempadan negara bakal dibuka dan tak sangka ini yang akan terjadi selepas ini

Nama itu juga membuatkan Dr Noor Hisham sebak mengakhiri sidang media pada petang Rabu, dan kedengaran suara beliau tersekat-sekat apabila mengumumkan persaraan wajib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon.

Dr Noor Hisham (kanan) beramah mesra bersama Dr Rohaizat yang mula bersara wajib mulai 10 Jun 2020. Persaraan Dr Rohaizat yang mendapat jolokan ‘panglima peerang’ di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh Dr Noor Hisham ternyata memberi kesan terhadap pelbagai pihak.

Halaman Facebook Friends of Malaysia Frontliners turut mendedikasikan ucapan khas buat Dr Rohaizat sebagai salah seorang wira dalam membenterass pandemik Covid-19. “Inilah Datuk Dr Rohaizat Haji Yon, orang yang bekerja sehingga ke hari terakhir beliau di Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mengabdikan diri sekian lama untuk warganegara menikmati perkhidmatan kesihatan terbaik sedaya upayanya. Pengorbanannya besar kepada negara. “Suaranya tidak pernah mengisi sidang media harian mengenai Covid-19, Dr Rohaizat sangat disayangi,

disegani warga KKM kerana kegigihannya, keberaniannya bersuara dalam perbincangan dan mesyuarat. Dikenali konsisten dalam perjuangannya,” menurut Facebook yang berkongsi mengenai pejuang barisan hadapan negara dalam membenteraas Covid-19.

Di saat persaraan Dr Rohaizat, beliau banyak berkoorban masa dan tenaga bagi memastikan kesiapsiagaan petugas barisan hadapan atau frontliner serta kemudahan perubatan. “Bertugas siang dan malam memastikan kesiapsiagaan jururawat, pembantu perubatan, doktor, ambulans, koroner,

katil, ventilator, segala jenis ubat, pakaian perlindungan peribadi (PPE), topeng hidung dan mulut, sarung tangan, sarung kasut, apron dan segala peranti tersedia ketika aman mahu pun ketika negara menangani wabak Covid-19.

“Seawal subuh beliau sudah keluar rumah untuk bersama pasukan pakar penyakit berjangkit dan pakar penyelidikan KKM berbincang, mencambah minda dan melengkapkan data bersama Datuk Seri Dr Adham Baba sebelum Menteri Kesihatan itu dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hadir mesyuarat harian Menteri-Menteri berkenaan wabak Covid-19. Itulah rutin harian Dr Rohaizat,” katanya.

Delima selasih, duku mengkudu, terima kasih… I love all of you DR ROHAIZAT YON. Ucapan itu turut diakhiri dengan kata-kata semangat dalam meneruskan perjuangan frontliner untuk sedia membantu mereka yang sakit dan memerlukan.

“Semoga terus sihat walafiat, panjang umur dan selamat dunia dan akhirat. Selamat bersara, hero kami, hero seluruh frontliners dan seluruh rakyat Malaysia, Dr Rohaizat,” katanya. Menerusi sidang media petang Rabu, Dr Noor Hisham mengumumkan Dr Rohaizat bersara wajib setelah berjasa selama 35 tahun 10 hari dalam KKM.

Sebak ketika mengumumkan persaraan tersebut, Dr Noor Hisham menzahirkan penghargaan atas komitmen yang tinggi dipamerkan Dr Rohaizat sepanjang beliau berkhidmat sebagai warga KKM. Berkongsi pengalamannya di tahun-tahun akhir perkhidmatan, Dr Rohaizat berkata, menguruskan dan menangani wabak Covid-19 yang telah menjadi pandemik, merupakan saat paling sukar sepanjang tempoh kerjayanya.

Di akhir ucapan beliau, Dr Rohaizat menghadiahkan serangkap pantun: “Delima selasih, duku mengkudu, terima kasih… I love all of you.” Dr Rohaizat sebak sempena hari terakhir selepas berkhidmat selama 35 tahun 10 hari pada Rabu.


Loading...
loading...

Dr Rohaizat yang dilahirkan pada 11 Jun 1960, adalah graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1985 dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Perancangan Kesihatan daripada University of New South Wales pada 1991 sebelum ditauliahkan Doktor Falsafah dalam bidang Kesihatan Awam/ Ekonomi Kesihatan dari UKM pada 2007.

Bapa kepada tiga anak perempuan hasil perkahwinan dengan Datin Fasidah Othman, 59, itu memulakan kerjayanya pada 1985 sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor sebelum dilantik sebagai Pengarah Hospital Kluang antara 1988 hingga 1990.

Dr Rohaizat berpindah ke ibu pejabat KKM bermula 1990 dan memegang pelbagai jawatan kanan dalam kementerian itu sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) pada 25 Mac 2019. Antara jawatan pernah disandang Dr Rohaizat

termasuk Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perubatan, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Perubatan dan Pengarah di Bahagian Perancangan KKM sehingga 2019. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Mengejutkan Dr Noor Hisham Tiba Tiba Sebak Dan Menitiskan Air Mata. Tak Sangka Ini Punca Sebenar Dr Noor Hisham Menangis Ketika Sidang Media Covid 19 Semalam

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjadi individu yang paling diingati sepanjang tahun ini. Kehadiran beliau sering ditunggu-tunggu setiap hari untuk mengumumkan perkembangan terkini COV1D-19 di Malaysia.

Rata-rata rakyat Malaysia kagum dengan beliau dalam menangani kris1s COV1D-19 yang melanda bukan sahaja Malaysia malah dunia. Setiap hari, tanpa rasa jemu beliau akan menjawab soalan dari wartawan ketika sidang media dijalankan.

Lebih mengagumkan, setia di soalan dijawab dengan lancar dan difahami oleh semua orang. Namun pada hari ini, sedikit berbeza dari sidang media sebelumnya. Tanpa sedar, beliau bercakap dengan nada seb4k dan menit1skan air mata di hadapan media.

Video di hujung article

Dalam video yang dimuatnaik oleh Berita TV9 itu , Dr Noor Hisham mengucapkan selamat tinggal kepada rakan seperjuangannya, Datuk Dr Rohaizat bin Yon. Bermula 10 Jun 2020, Datuk Dr Rohaizad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) kerana bersara wajib setelah berkhidmat selama 35 tahun.

Ketika menutup ucapannya, Dr Noor Hisham  mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Rohaizad kerana komitmen yang diberikan dalam bersama-sama menentaangg wab4k COV1D-19. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Berita TV9

Sumber: murai.my/ Metro Kini via apampink




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post