KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.
Tongkat Khutbah Hari Raya Pun Dijadikan Bahan Lawak. Sekali Menteri Agama Tampil Beri Respon Pedas Buat Warganet Terkedu. |
ARTIKEL MENARIK:“Kami terpilih untuk dug4an ini” – Lima nyawa keluarga hilang akib4t Cov1d-19, Aidilfitri disambut ala kadar dengan seribu makna
“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan. “Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut beliau, solat hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wab4k COVI1D-19.
Berdasarkan rujukan yang dilakukan di laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan menyatakan selain daripada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi pembacaan khutbah, ulama juga menetapkan beberapa perkara sunat lain yang boleh diikuti, antaranya memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah.
Sementara itu, bagi pembacaan khutbah pula, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah, untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan manakala ia tidak dituntut bagi yang melaksanakannya secara bersendirian kerana tidak ada faedah padanya.
Sementara itu, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan pemakaian tongkat hanya sunat dan tidak menjejaskan solat. – BERNAMA Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : BH
Mengejutkan Kanak Kanak Ini Bagi Surat Dan Kuih Raya Untuk Menteri Agama. Sekali Dr Zulkifli Punya Respon Memang Betul Betul Buat Warganet Terkedu.
Sejak mengangkat sumpah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Kluster Agama), Datuk Seri Dr Zukifli Al-Bakri kerap kali menjadi perhatian media. a ini kerana inisiatif beliau dalam berinteraksi dengan orang ramai menerusi media sosial membuatkan hubungannya dengan orang biasa semakin dekat.
Kad raya & kuih muih untuk menteri agama
Sebentar tadi, beliau telah berkongsi di laman sosial miliknya satu surat yang diterima daripada seorang kanak-kanak yang mengucapkan Selamat Hari Raya buatnya. Surat kiriman daripada Nadzrul Zarfan turut disertakan dengan kuih-muih buat menteri agama itu di hantar ke kediaman rasmi beliau.
Dr Zulkifli juga membahasakan diri sebagai ‘pak cik’ telah mengucapkan terima kasih diatas pemberian tersebut. Apa yang jadi perhatian adalah pantun yang disisipkan di akhir kad ucapan tersebut yang berharap agar menteri agama itu membalas kad hari rayanya.
Dr Zulkifli juga sempat memaklumkan akan membalas kad hari raya itu kepada adik Nadzrul Zafran selepas ‘dinasihati’ menerusi surat tersebut supaya membalasnya. Beliau turut mengakui terharu dengan pemberian kad raya serta kuih-muih kepadanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Gara Gara Tindakan Menteri Agama Akhirnya 5 Laporan Polis Dibuat Terhadap Beliau. Mengejutkan Ini Punca Pengadu Nekad Buat Report Polis Terhadap Dr Zulkifli Mohamad
Sekurang-kurang terdapat lima lap0ran polis dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad, kerana didakwa ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP). Berdasarkan beberapa lap0ran polis yang dilihat Malaysiakini, pengadu membuat lap0ran itu berhubung tindakan Zulkifli yang dikatakan mengundang beberapa individu ke pejabatnya di Putrjaya ketika PKP sedang berlangsung.
Lap0ran berkenaan dibuat di Selangor, Johor dan Kelantan dengan sebahagiannya dibuat awal bulan ini. Menurut aduan, pengadu antara lain mempersoalkan tindakan Zulkifli mengadakan pertemuan dengan anggota Majis Tertinggi (MT) Umno Fathul Bari Mat Jahya; dua pensyarah universiti, Dr Rozaimi Ramle serta Dr Ahmad Kamilin Jamilin dan beberapa individu lain.
Pertemuan itu dikatakan bagi membincang projek menterjemah kitab yang sedang dirancang. Pertemuan tersebut turut dimuat naik di laman sosial bekas mufti Wilayah Persekutuan itu. Pengadu yang enggan namanya didedahkan berkata, tindakan menteri agama itu jelas bertentangan dengan peraturan PKP, justeru pihak berkuasa wajar menjalankan sias4tan.
“Gambar yang dimuat naik di Facebooknya jelas menunjukkan mesyuarat berlangsung seperti biasa tanpa menjaga penj4rakan sosial. “Begitu juga ada individu yang datang berjumpa beliau dengan melakukan perjalanan lebih 10 kilometer ketika PKP masih berkuat kuasa.
“Jadi, satu sis4tan terperinci perlu dilakukan dan tidak sewajarnya perlu diambil jika beliau didapati ingkar PKP,” katanya kepada Malaysiakini. Malaysia melaksanakan PKP fasa pertama bermula 18 Mac lalu dan dijadual berakhir 31 Mac lalu bagi memutuskan penularan rantaian wab4k Covi1d-19.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kemudiannnya melanjut PKP dan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun depan. Pada 28 April lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukvman denda maksimum RM1,000 atau ditahan sebulan oleh Mahk4mah Majistret Gerik kerana ingkar PKP dengan menghadiri satu jamuan di sebuah pusat tahfiz di Perak.
Turut dikenakan hukvman sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria, serta 13 individu lain. Pada 5 Mei lalu, anak presiden Umno, Nurulhidayah Ahmad Zahid, did3enda RM800 selepas didapati bersalah ingkar PKP pada 20 April lalu. Suaminya, Saiful Nizam Mohd Yusoff turut dikenakan de3nda sama atas kesalahan itu.
NurulHidayah dan suami did4kwa melakukan kesalahan itu apabila hadir ke Putrajaya bagi berjumpa Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad. Malaysiakini cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan maklum balasnya, namun sehingga kini masih gag4al mendapat sebarang respon.
Media sebelul ini melaporkan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, 59, dan EXCO Perak, Razman Zakaria, 60, masing-masing did3nda RM1,000 selepas mengaku bersal4h di hadapan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh.
Turut didakwa bersama di mahkamah berkenaan ialah 13 individu lain termasuk adik Dr Noor Azmi, Noor Azman, 57, yang masing-masing did3nda RM1,000 kerana mengingkari PKP. Mengikut kertas pertvduhan, semua tertuduh didapati berkumpul di kawasan jangk1itan bagi tujuan sosial, sekali gus mengingkari PKP.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : mv/Oh MyMedia
Boleh Solat Di Masjid Dan Surau. Akhirnya Menteri Agama Dedahkan Syarat Utk Rakyat Malaysia Solat Dan Lakukan Aktiviti Di Masjid Dan Surau. SOP Dah Siap Cuma Tunggu Arahan Kerajaan
Semasa kita menjalani PKP, kerajaan telah mengumumkan masyarakat yang beragama Islam tidak dibenarkan membuat aktiviti keagamaan di masjid dan surau. Terbaru, pembukaan semula masjid dan surau akan dilaksanakan sekiranya kerajaan berpuas hati dengan SOP yang disediakan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), lapor Bernama.
Menerusi laporan itu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata garis panduan telah siap dan sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali keempat pada 30 April lepas.
Dalam perkara ini, kebenaran daripada KKM dan MKN sangat penting dalam pembukaan semula masjid dan surau ini. Turut difahamkan SOP berkenaan telah disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik,” – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Pembukaan masjid akan dilaksanakan dalam masa terdekat, tetapi sepanjang PKPB ini segala aktiviti masjid dan surau masih lagi tidak dibenarkan.
Sumber: Lobakmerah
Garis panduan ibadah di masjid, surau telah disediakan, tunggu arahan kerajaan
KUALA LUMPUR, 4 Mei — Pembukaan semula masjid dan surau bagi aktiviti agama akan dilakukan sekiranya kerajaan berpuas hati dengan garis panduan ibadah di masjid dan surau yang telah disiapkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).
Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan itu disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Pelaksanaan garis panduan tersebut tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa serta kebenaran daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara),” katanya. Zulkifli berkata garis panduan itu juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali keempat pada 30 April lepas yang dipengerusikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta dihadiri oleh para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia dan ahli-ahli yang dilantik MKI.
“Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini menjawab soalan lazim (FAQ) mengenai aktiviti agama di masjid dan surau yang masih dilarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menjawab soalan sama ada wujud kebarangkalian ia dilaksanakan dalam waktu terdekat, menteri itu berkata: “Ya, jika kerajaan berpuas hati dengan garis panduan yang disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat Malaysia secara umumnya sepanjang PKPB disamping mengambil kira nasihat KKM dan MKN.”
Buat masa ini, berdasarkan pertimbangan pihak-pihak berwajib, kerajaan memutuskan sebarang bentuk aktviti agama berjemaah di masjid dan surau masih dilarang dalam tempoh PKPB. Dalam pada itu, Zulkifli berkata jika pelaksanaan garis panduan itu mendapat kelulusan di peringkat Persekutuan, ia tetap tertakluk kepada pertimbangan pihak berkuasa utama di negeri-negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.
“Urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri yang jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
— BERNAMA via Era Kini
Post a Comment