Terkini Dr Noor Hisham Sahkan Timbul Lagi Kluster Baru Dengan 44 Orang Dah Dijangkiti. Rupanya Ini Berlaku Sampai Ramai Macam Tu Boleh Dijangkiti.

Terkini Dr Noor Hisham Sahkan Timbul Lagi Kluster Baru Dengan 44 Orang Dah Dijangkiti. Rupanya Ini Berlaku Sampai Ramai Macam Tu Boleh Dijangkiti.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu membabitkan tapak pembinaan di ibu negara yang kini sudah menjangkiti 44 individu bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan yang tinggi itu mungkin disebabkan faktor cara hidup golongan berkenaan atau keadaan tempat tinggal.

Terkini Dr Noor Hisham Sahkan Timbul Lagi Kluster Baru Dengan 44 Orang Dah Dijangkiti. Rupanya Ini Berlaku Sampai Ramai Macam Tu Boleh Dijangkiti.
Terkini Dr Noor Hisham Sahkan Timbul Lagi Kluster Baru Dengan 44 Orang Dah Dijangkiti. Rupanya Ini Berlaku Sampai Ramai Macam Tu Boleh Dijangkiti.

Beliau berkata, biarpun prosedur operasi standard (SOP) pencegahan sudah dilaksana di tapak pembinaan, namun tiada kawalan membabitkan tempat tinggal. ” Daripada kajian kita, besar kemungkinan pekerja asing berkenaan duduk di tempat yang tertutup dan sempit. Itu menjadi faktor utama bagaimana jangktan dapat menular.

ARTIKEL MENARIK:PM Pertama Ketuai Alunan Takbir Raya, TSMY Buat Seluruh Rakyat Malaysia Sebak

” SOP di tapak pembinaan memang ada, tapi yang penting penempatan mereka, rumah dan cara mereka duduk,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media harian mengenai perkembangan COVlD19 di sini, hari ini.

Dengan memberi contoh penempatan warga asing di Masjid India, Kuala Lumpur, Dr Noor Hisham berkata, satu pangsapuri dihuni 30 orang. ” Ruang sempit menjadi satu faktor yang mendorong virvs dapat berjangk1t. ” Kita kena lihat faktor yang lain di kalangan pekerja asing. Kita percaya ruang sempit satu faktor penting yang perlu diperhalusi. ” Kita tiada vaksin, yang ada penjarakan sosial dan itulah vaksin yang ada,” katanya.

227 kes positif di tiga kluster DTI

Terdahulu seramai 227 kes positif COVlD19 dikesan di tiga kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) membabitkan bukan warga negara Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 53 kes membabitkan warga Bangladesh, 41 kes warga India, 38 (Indonesia) dan 37 warga Myanmar.

” Selain itu, 28 kes membabitkan warga Pakistan, 17 (China), empat (Kemboja), tiga (Nepal) dan dua (Sri Lanka). ” Bagi warga Filipina, Libya, Mesir dan Syria masing-masing satu dikesan positif COVlD19,” katanya. Menurutnya, satu kluster baharu dikesan di DTI Sepang dengan 36 kes positif COVlD19.

” Sebanyak 1,449 sampel diambil setakat 12 tengah hari dan 36 kes positif COVlD19 dikesan yang mana 29 kes baharu dilaporkan hari ini, 540 negatif dan 873 sampel masih menunggu keputusan. ” Bagi kluster DTI Bukit Jalil, sebanyak 1,536 sampel diambil yang terdiri daripada 1,422 Orang Kena Tahan (OKT) dan 114 kakitangan.

” Daripada jumlah itu, 126 kes adalah positif, 514 kes adalah negatif dan 896 sampel masih menunggu keputusan,” katanya. Menurutnya, bagi kluster DTI Semenyih, sebanyak 1,757 sampel diambil yang terdiri daripada 1,630 OKT dan 127 kakitangan.

” Daripada jumlah itu, 66 kes adalah positif, 753 kes negatif dan 938 sampel masih menunggu keputusan,” katanya. Dr Noor Hisham berkata, pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan sudah dijalankan misalnya aktiviti nyah kuman, pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial.


Loading...
loading...

Covid-19: 172 kes baharu hari ini, KKM kata rakyat tak perlu bimbang

DALAM pada itu, selepas 21 hari, bilangan kes jangkitan C0vid-19 Malaysia kembali kepada tiga angka. Hari ini, Malaysia mencatatkan 172 lagi kes C0vid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,417.

Setakat tengah hari tadi, 34 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 5,979. Ini menjadikan jumlah kes aktif C0vid-19 sekarang adalah 1,323 kes. “Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, terdapat lapan kes positif C0vid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. “Daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar hariannya di Putrajaya Hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa daripada 172 kes baru itu, lima kes adalah import, manakala jangkitan tempatan 159 kes bukan warga Malaysia dan hanya lapan membabitkan rakyat Malaysia. Daripada 159 kes bukan warganegara Malaysia itu, katanya 112 kes telah dikesan di tiga depot tahanan imigresen’

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu bimbang kerana depot-depot imigresen itu merupakan tempat yang terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.

Dr Noor Hisham berkata, maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, mendapati bahawa tiada kes kembali kerahmatullah berkaitan C0vid-19 sepanjang 24 jam lalu. Justeru, jumlah kumulatif kes pemergian di Malaysia kekal sebanyak 115 kes atau 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO). “Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya.

“Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan,” katanya. Sumber: Cempedak Cheese, KKM Putrajaya, Asiakini. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

via Era Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post