PKP Disambungkan Sampai 9 Jun 2020. Tapi Tak Sangka Ada Berita Baik Untuk Hari Raya Walaupun Rentas Negeri Tidak Dibenarkan.

PKP Disambungkan Sampai 9 Jun 2020. Tapi Tak Sangka Ada Berita Baik Untuk Hari Raya Walaupun Rentas Negeri Tidak Dibenarkan.

Jika diteliti, pasti ramai rakyat yang sangat mengharapkan ia tidak lagi dilanjutkan selepas memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COV-19 di negara ini.

PKP Disambungkan Sampai 9 Jun 2020. Tapi Tak Sangka Ada Berita Baik Untuk Hari Raya Walaupun Rentas Negeri Tidak Dibenarkan.
PKP Disambungkan Sampai 9 Jun 2020. Tapi Tak Sangka Ada Berita Baik Untuk Hari Raya Walaupun Rentas Negeri Tidak Dibenarkan.

Ini bukan soal main-main atau remeh. Ia soal mengutamakan nyawa dan ekonomi

ARTIKEL MENARIK:Ada harapan atau tidak untuk kehidupan kembali normal lepas PKP 4. Ini jawapan yang mengejutkan dari Dr Noor Hisham dan Ismail Sabri.


Jadi, satu keputusan tepat perlu dibuat kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM). Jika kita takut ekonomi terus merudum, maka PKP tidak perlu dilanjutkan. Tapi apa yang lebih penting sekarang ialah nyawa rakyat. Jangan sampai negara kita mengalami keadaan seperti di Jerman dan Hokkaido, Jepun yang dilanda gelombang kedua COV-19 gara-gara menamatkan ‘lockdown’ terlalu awal.
Untuk rekod, pelaksanaan PKP untuk mengekang penularan COV-19 kini sudah pun di fasa keempat yang akan tamat pada 12 Mei ini dan pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei yang memberi kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi.
Kita juga mungkin boleh berbangga apabila setakat semalam, angka-angka COV-19 adalah memberangsangkan apabila seramai 88 pesakit dibenarkan keluar hospital, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 4,864 kes iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif iaitu 6,535 kes.
Selain itu, tiada pemergian baharu direkodkan dalam tempoh dua hari berturut-turut dengan angka pemergian kekal pada 107. Petanda positif ini dijangka meratakan lengkungan dan seterusnya negara kita kini memasuki fasa pemulihan. Sejak penularan wab4k ini, kedengaran ramai yang merungut kerana dihalang masuk ke pasar raya, akhirnya pulang dengan ‘tangan kosong’ disebabkan hanya tidak memakai penutup hidung dan mulut.
Loading...
loading...

Pasar raya diakui memainkan peranan penting dalam pencegahan COV19

Boleh dilihat hampir kesemua pasar raya ketika musim PKP ini mewajibkan pelanggan untuk memakai penutup hidung dan mulut selain diperiksa suhu badan. Menjawab persoalan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai penutup hidung dan mulut dan pengurusan mana-mana premis tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.
Tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam bukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ketika PKP, sehingga menyebabkan seseorang itu boleh ditahan atau didenda.
Jadi tanamlah ‘normal baharu’ itu dalam diri ketika keluar dari rumah, walaupun perkara itu bukan satu syarat wajib untuk orang ramai memakainya, namun ini adalah sesuatu yang digalakkan ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangkitan COV19.

Perutusan khas Perdana Menteri 10/5/2020

Perdana menteri kongsi berita baik, Malaysia di tangga ke 4 dari segi tahap puas hati rakyat dalam tangani Covid19 dari seluruh negara di dunia. Perdana menteri juga ucap terima kasih kepada semua rakyat Malaysia dari Perlis ke Sabah kerana disiplin yang tinggi semasa PKP.
Kerana tahap displin yang tinggi, banyak zon kembalik menjadi zon hijau dimana tiada kes covid terbaru. Sekarang cuma 4 kawasan berstatus merah. Perdana Menteri menasihatkan supaya yang berada di kawasan hijau tidak alpa kerana covid19 adalah musuh tersembunyi.

Malaysia masih belum berjaya sepenuhnya PKP disambung.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), saya ingin mengumumkan PKPB yang berkuatkuasa hingga 12 Mei 2020 akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020 iaitu selama empat minggu lagi. “Ini bermakna semua peraturan dan SOP sepanjang PKPB ini dikekalkan hingga 9 Jun 2020,” kata beliau.

Sambutan Hari Raya bagi dalam daerah yang sama

Demi menjaga keselamatan, tidak dibenarkan perjalanan merentas sempadan untuk balik beraya. Tapi masih boleh menyambut raya jika di kawasan sama negeri dan berdekatan tetapi perlulah membersihkan semula rumah dan mengikut SOP yang ditetapkan. Had Maksima 20 orang pada satu-satu masa. Tidak perlu buat rumah terbuka dan berkumpul terlalu ramai. SOP solat Jumaat dan berjemaah sedang diperhalusi.
via apampink


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post