Ada harapan atau tidak untuk kehidupan kembali normal lepas PKP 4. Ini jawapan yang mengejutkan dari Dr Noor Hisham dan Ismail Sabri.

Ada harapan atau tidak untuk kehidupan kembali normal lepas PKP 4. Ini jawapan yang mengejutkan dari Dr Noor Hisham dan Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Teka-teki sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lepas akan dilanjutkan atau tidak bakal diketahui dalam tempoh terdekat ataupun kira-kira 72 jam lagi.

Ada harapan atau tidak untuk kehidupan kembali normal lepas PKP 4. Ini jawapan yang mengejutkan dari Dr Noor Hisham dan Ismail Sabri.
Ada harapan atau tidak untuk kehidupan kembali normal lepas PKP 4. Ini jawapan yang mengejutkan dari Dr Noor Hisham dan Ismail Sabri.

Jika diteliti, pasti ramai rakyat yang sangat mengharapkan ia tidak lagi dilanjutkan selepas memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COVID-19 di negara ini.

ARTIKEL MENARIK:Selepas Dr Noor Hisham bersuara akhirnya Ismail Sabri pula bersuara lantang tentang PKP disambung lagi atau tidak. Mengejutkan ini jawapan padu darinya.

Ini bukan soal main-main atau remeh. Ia soal mengutamakan nyawa dan ekonomi. Jadi, satu keputusan tepat perlu dibuat kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM). Jika kita takut ekonomi terus merudum, maka PKP tidak perlu dilanjutkan. Tapi apa yang lebih penting sekarang ialah nyawa rakyat. Jangan sampai negara kita mengalami keadaan seperti di Jerman dan Hokkaido, Jepun yang dilanda gelombang kedua COVID-19 gara-gara menamatkan ‘lockdown’ terlalu awal.

Untuk rekod, pelaksanaan PKP untuk mengekang penularan COVID-19 kini sudah pun di fasa keempat yang akan tamat pada 12 Mei ini dan pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei yang memberi kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi.

Kita juga mungkin boleh berbangga apabila setakat semalam, angka-angka COVID-19 adalah memberangsangkan apabila seramai 88 pesakit dibenarkan keluar hospital, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 4,864 kes iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif iaitu 6,535 kes.

Selain itu, tiada pemergian baharu direkodkan dalam tempoh dua hari berturut-turut dengan angka pemergian kekal pada 107. Petanda positif ini dijangka meratakan lengkungan dan seterusnya negara kita kini memasuki fasa pemulihan.

Sejak penularan wabak ini, kedengaran ramai yang merungut kerana dihalang masuk ke pasar raya, akhirnya pulang dengan ‘tangan kosong’ disebabkan hanya tidak memakai penutup hidung dan mulut. Pasar raya diakui memainkan peranan penting dalam pencegahan COVID-19. Boleh dilihat hampir kesemua pasar raya ketika musim PKP ini mewajibkan pelanggan untuk memakai penutup hidung dan mulut selain diperiksa suhu badan.

Menjawab persoalan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai penutup hidung dan mulut dan pengurusan mana-mana premis tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.

Tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam bukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ketika PKP, sehingga menyebabkan seseorang itu boleh ditahan atau didenda.

Loading...
loading...

Jadi tanamlah ‘normal baharu’ itu dalam diri ketika keluar dari rumah, walaupun perkara itu bukan satu syarat wajib untuk orang ramai memakainya, namun ini adalah sesuatu yang digalakkan ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangkitan COVID-19.
Ingatlah, kita masih belum menang dalam menangani wabak ini. Biasakan dengan normal baharu dan amalkan kawalan kendiri dan elakkan bersesak-sesak dengan orang ramai, tidak kiralah di mana sahaja anda berada, maklumlah raya sudah semakin hampir.
Sudah berbuih rasanya mulut Ismail Sabri mahupun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berpesan setiap hari tentang perkara itu ketika sidang media harian mereka, justeru, rakyat seharusnya sudah memahami akan perkara-perkara yang digalakkan dilakukan dalam normal baharu ini.
via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post