MEREKA yang baru saja pulih daripada jangkitan Cov1d-19 tidak digalakkan untuk melakukan hubungan bersama selama 30 hari kerana bimbang virus itu boleh disebarkan melalui hubungan bersama. Kebimbangan timbul setelah virus Covid-19 ditemui pada air mni seorang lelaki yang pernah dijangkiti virus tersebut.
Pesakit Covid 19 Yang Telah Sembuh Jangan Buat Hubungan Bersama Selama 1 Bulan. Akhirnya Pakar Tampil Bongkarkan Puncanya Yang Ramai Tak Tahu. |
ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan ini yang terjadi pada 500 kenderaan yang degil nak balik kampung rentas negeri dan ingkar arahan PKPB. Tak sangka ini tindakan yang akan dikenakan pada mereka.
Malah, dia turut menasihatkan pasangan perlu memakai kndom semasa melakukan hubungan bersama selepas 30 hari sebagai langkah berjaga-jaga. Saintis di China melakukan kajian terhadap 38 pesakit yang terkena virus itu dengan 15 daripadanya masih di hospital manakala 23 sudah sembuh.
Kajian mendapati bahawa enam lelaki menghidap Sars-Cov-2, yang menyebabkan koronavirus mempunyai virus tersebut dalam air mni mereka. Malah saintis turut berpendapat virus itu boleh hidup lebih lama daripada yang dijangkakan dan dapat disebarkan melalui hubungan bersama . – Dailystar
Artikel Lain: Jangan rentas negeri, patuh SOP PKPB
KUALA LUMPUR: Jangan sekali-kali terlintas di fikiran untuk cuba merentas negeri tanpa kebenaran kerana tindakan anda itu boleh berakhir dengan dihukum mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berj4angkit 1988 atau Akta 342.
Tambahan pula ketika ini sekatan jalan raya di plaza tol seluruh negara mula dilaksanakan dan orang ramai diharap dapat memberi kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan 144 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan menahan 44 individu atas kesalahan ingkar SOP.
Walaupun ramai menanggung rindu setelah lama tidak berjumpa keluarga di kampung sejak PKP fasa pertama dilaksanakan 18 Mac lepas, apatah lagi dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, perlu diingat bahawa percubaan merentas negeri bukan sahaja boleh menyebabkan individu dikenakan tindakan malahan mungkin menyumbang risiko kepada keluarga masing-masing.
Larangan rentas negeri itu bukan saja-saja hendak dilaksanakan, tetapi tujuannya adalah untuk mengelakkan penularan wabak COV1D-19. Sebelum ini, kerajaan membenarkan pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan untuk melakukan perjalanan rentas negeri bagi membolehkan mereka berjumpa dengan keluarga, namun bagi golongan bujang kelonggaran itu masih belum dapat diberikan.
Walaupun tidak dapat bersua muka, bersyukurlah masih ada teknologi seperti laman media sosial dan aplikasi panggilan video yang boleh digunakan sebagai pengganti diri yang setidak-tidaknya dapat mengubat kerinduan kepada keluarga.
Hari ini adalah hari ke-12 PKPB dilaksanakan sejak 4 Mei lepas, dan jumlah kes positif COV1D-19 di Malaysia ialah 6,855 kes dengan 112 pemergian. Memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, usaha pemurnian data-data berkaitan COV1D-19 sudah dijalankan dan satu sistem pangkalan data dikenali ‘eCOVID’ telah dibangunkan. Menerusi sistem itu, pengumpulan data daripada lapangan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat.
— BERNAMA
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : tranformasi. pw
Mengejutkan Ini Yang Terjadi Pada 500 Kenderaan Yang Degil Nak Balik Kampung Rentas Negeri Dan Ingkar Arahan PKPB. Tak Sangka Ini Tindakan Yang Akan Dikenakan Pada Mereka.
PUTRAJAYA – Tindakan kompaun akan dikenakan ke atas pemandu yang masih berdegil ingkar larangan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masih terdapat individu yang ingkar larangan berkenaan dengan memberi pelbagai alasan untuk pulang ke kampung.
“Mesyuarat hari ini memutuskan tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis. “Saya harap tidak perlu sampai kompaun. Duit bayar kompaun boleh bayar benda lain. Patuh setiap arahan kerajaan,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas
Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini. Beliau berkata, semalam pihak polis masih menggunakan budi bicara dan amaran apabila kira-kira 500 kenderaan yang cuba merentasi negeri dengan alasan balik kampung diarahkan berpatah balik.
“Sekatan telah bermula dan tindakan telah diambil. “Sebanyak 146 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri dilakukan dan sebanyak 238,500 kenderaan telah diperiksa,” katanya. “Mereka yang ditahan kerana cuba merentas negeri
(di seluruh negara) untuk balik kampung, sudah diarah berpatah balik. “(Keadaan ini) apabila ramai yang ditahan nak balik kampung, seolah-olah menunjukkan tidak berminat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Post a Comment