PUTRAJAYA – Tindakan kompaun akan dikenakan ke atas pemandu yang masih berdegil ingkar larangan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Mengejutkan ini yang terjadi pada 500 kenderaan yang degil nak balik kampung rentas negeri dan ingkar arahan PKPB. Tak sangka ini tindakan yang akan dikenakan pada mereka. |
ARTIKEL MENARIK:Dr Noor Hisham bongkarkan rupa rupanya Malaysia diisytiharkan ini tentang Covid 19. Tak sangka sampai macam ni sekali rupanya yang jadi.
“Mesyuarat hari ini memutuskan tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis. “Saya harap tidak perlu sampai kompaun. Duit bayar kompaun boleh bayar benda lain. Patuh setiap arahan kerajaan,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas
Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini. Beliau berkata, semalam pihak polis masih menggunakan budi bicara dan amaran apabila kira-kira 500 kenderaan yang cuba merentasi negeri dengan alasan balik kampung diarahkan berpatah balik.
“Sekatan telah bermula dan tindakan telah diambil. “Sebanyak 146 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri dilakukan dan sebanyak 238,500 kenderaan telah diperiksa,” katanya. “Mereka yang ditahan kerana cuba merentas negeri
(di seluruh negara) untuk balik kampung, sudah diarah berpatah balik. “(Keadaan ini) apabila ramai yang ditahan nak balik kampung, seolah-olah menunjukkan tidak berminat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Jangan rentas negeri tanpa alasan munasabah: KPN
TERDAHULU, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan pergerakan rentas negeri selepas kebenaran perjalanan selama hari empat hari sejak 7 Mei lepas tamat hari ini.
Beliau berkata bermula esok, orang ramai yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu. “Sekiranya masih ada keperluan oleh sesiapa untuk membuat pergerakan rentas negeri maka alasannya mestilah munasabah seperti menziarahi pemergian ahli keluarga terdekat.
“Bagi tujuan sebegini, maka kebenaran polis mestilah diperoleh terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Pada Jumaat, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor sebagai berkata pergerakan rentas negeri selepas 10 Mei memerlukan kebenaran daripada polis dan hanya kes kecemasan akan dibenarkan.
Ismail Sabri berkata individu yang memerlukan kebenaran pergerakan itu boleh memohon di balai polis berhampiran. Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata polis percaya tempoh empat hari pergerakan rentas negeri yang dibenarkan memadai untuk menyatukan keluarga yang terpisah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kebenaran rentas negeri ini adalah untuk mengurangkan beban psikologi mereka yang terpisah dengan ahli keluarga sejak pelaksanaan PKP mulai 18 Mac lepas,” katanya. Beliau juga menjelaskan bahawa jadual pergerakan yang disusun selama empat hari adalah bagi mengelak berlaku kesesakan di jalan raya.
“Ia juga dibuat bagi membolehkan polis merekodkan data-data pergerakan… data pergerakan rentas negeri ini amat berguna bagi tujuan pengesanan kontak sekiranya ada terkesan COVID-19,” katanya. Bernama hari ini melaporkan bahawa pergerakan rentas negeri yang dibenarkan, memasuki hari keempat dan terakhir, dengan rata-rata perjalanan melibatkan pergerakan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu lancar dan trafik adalah terkawal.
Sumber: Harian MetroDr Noor Hisham Bongkarkan Rupa Rupanya Malaysia Diisytiharkan Ini Tentang Covid 19. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Rupanya Yang Jadi.
Kita semua tahu bahawa usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 ini masih lagi giat dijalankan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Masyarakat hanya perlu patuh dan ikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia berkenaan wabak tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan di Twitter berkaitan dengan jumlah ujian saringan COVID-19 yang telah dilakukan sehingga 15 Mei 2020. “Sehingga 15 Mei, KKM telah menyaring 424,306 individu yang mana 6,855 didapati positif dan 417,451 adalah negatif,” kata KKM.
Hal ini menjadikan kadar positif adalah sebanyak 1.62%. Manakala bilangan individu yang disaring adalah 13 bagi 1,000 orang populasi dan menjadikan Malaysia sebagai negara Asean yang paling banyak melakukan ujian saringan COVID-19.
“Ini menunjukkan Malaysia merupakan antara negara yang menjalankan ujian saringan COVID-19 yang paling banyak di antara negara Asean. Saringan COVID-19 ini dijalankan secara tertumpu kepada kumpulan yang dikesan berisiko tinggi untuk dijangkiti virus itu,” kata KKM lagi.
Sehingga 15 Mei, KKM telah menyaring 424,306 individu yang mana 6,855 didapati positif dan 417,451 adalah negatif. Ini menjadikan kadar positif adalah 1.62%. Manakala bilangan individu yang disaring adalah 13 bagi 1,000 orang populasi.
Ini menunjukkan Malaysia merupakan antara negara yang menjalankan ujian saringan #COVID19 yang paling banyak di antara negara Asean. Saringan COVID19 ini dijalankan secara tertumpu kpd kumpulan yang dikesan berisiko tinggi untuk dijangkiti virus itu.
Sumber: kkm
Tak Sangka Pada Aidilfitri Ini PKPB Akan Ditamatkan Dan PKP Akan Dilaksanakan Semula. Penasihat Khas PM Dedahkan Ini Puncanya PKP Akan Dilaksanakan Semula.
KERAJAAN diminta menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Hari Raya Aidilfitri sebagai langkah pencegahan peningkatan C0vid-19 di negara ini. Mencadangkan perkara itu, Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, ia berikutan terdapat peningkatan kes C0vid-19 di Korea Selatan dan Jerman.
Katanya perkembangan di kedua-dua negara itu begitu membimbangkan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika Aidilfitri. “Sangat bimbang melihat peningkatan kes di Korea Selatan dan Jerman dan bagaimana perjumpaan berbuka puasa boleh menyebabkan bahaya.
“Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (C0vid-19), kita mungkin kalah daripada semua yang dibuat. Tuhan melarang. Mari berjaga-jaga.
Malaysiakini – Penasihat khas PM cadang laksana semula PKP pada …
“Mungkin lockdown semasa hari raya adalah langkah pencegahan yang baik. Mari kita laksanakannya dengan progresif, “katanya di laman Twitter hari ini. Ciapan itu turut mengundang sokongan warganet yang rata-rata mahu kerajaan lebih tegas dalam isu itu.
Dalam ciapan itu Jemilah turut menanda akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan membenarkan ziarah Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan pesta Kaamatan pada hari pertama dan hanya dalam kalangan ahli keluarga dengan jumlah tetamu seramai 20 orang, manakala rumah terbuka perayaan tidak dibenarkan.
Sedikit latar belakang penasihat khas PM Malaysia
YAB Perdana Menteri telah bersetuju melantik YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.
YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan Setiausaha Bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Pada 2019, beliau dipilih sebagai pemenang ASEAN Prize 2019 iaitu anugerah berprestij rantau ASEAN bagi mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025.
YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau bertanggungjawab menasihati YAB Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan bidang kesihatan.
komen warganet rata2 besetuju dengan cadangan ini.. dibawah disertakan komen warganet berkenaan isu ini. Setuju raya ni kuatkuasakn pkp..sbb klu pasal raya ni mmg ade dikalangan rakyat yg takkan ingat dunia bila beraya ni..diorg takkn ikut SOP PKPB ni nnti..baik kuatkuasakn terus PKPD ni..lagi selamat..mencegah lebih baik daripda mengubati..
Tahun ni je berpantang tak payah ziarah menziarahi takkan tak boleh,asyik nak seronok,asyik nak enjoy ja time raya sebelum2 ni sampi tak ingat dunia..biar tahun ni takde benda2 tu semua..lagi elok..ada hikmah Allah datangkan wabak C0VID 19..
Ziarah menziarahi dlm Islam adalah pkara yg disunnahkn lebih2 lagi hari raya..tpi kebiasaan masykat kita ni ada antara mereka ni yg mencemarkan kesuciaan bulan syawal ngan pkara2 yg ditegah ugama.. makanya elok la Allah bgi wabak ni..bgi sedar muhasabah diri dan kembali pda ajaran Islam yg sebenar.. aku cdg buat mcm arab saudi,4 hari trus die buat perintah brkurung yg mmg rakyat x boleh kluar lgsung..so lpas tu hari ke-5 buatlah smula pkpb..walopun rugi tpi kite dh usaha kott..
Sumbe Hmetro via Era Kini
Post a Comment