Muncul Kluster pengawal keselamatan selepas 2 Kluster diisytihar tamat. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan sesuaut tentang Kluster terbaru membuat kes naik mendadak

Muncul Kluster pengawal keselamatan selepas 2 Kluster diisytihar tamat. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan sesuaut tentang Kluster terbaru membuat kes naik mendadak

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengenal pasti satu kluster yang membabitkan pengawal keselamatan di pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 7 Mei, jam 12 tengah hari, 10 kes positif C0vid-19 dilaporkan dalam kluster itu membabitkan sembilan warga Nepal dan seorang rakyat tempatan.

Muncul Kluster pengawal keselamatan selepas 2 Kluster diisytihar tamat. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan sesuaut tentang Kluster terbaru membuat kes naik mendadak
Muncul Kluster pengawal keselamatan selepas 2 Kluster diisytihar tamat. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan sesuaut tentang Kluster terbaru membuat kes naik mendadak

Beliau berkata, punca jangkitan bagi kluster pengawal keselamatan Cheras itu masih di dalam siasatan. “Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya diambil seperti mengenal pasti dan menjalankan ujian saringan C0vid-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

ARTIKEL MENARIK:Ustaz Abu Syafiq potong line. Tengah syok syok DS Najib promote Baju Melayu jenama bossku tiba tiba Ustaz Abu tampil beri komen padu pada DS Najib

“Semua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama di Cheras. Saringan C0vid-19 sudah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah itu dan pekerja pasar raya yang berkait rapat.
“Setakat ini, seramai 436 orang disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media harian C0vid-19 di Putrajaya, semalam. Mengulas lanjut, katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes C0vid-19 berkaitan kluster itu.
“Semua kontak rapat setiap kes sudah dipanggil untuk tujuan saringan dan pendidikan kesihatan juga diberikan kepada mereka,” katanya. Beliau menasihatkan majikan pelbagai sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi perlulah patuh kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak berkuasa berdasarkan sektor masing-masing.
Tambahan pula, katanya, adalah amat penting bagi majikan dan semua pekerja supaya sentiasa ikut amalan yang betul di tempat kerja masing-masing. “Ini seperti elakkan berada di kawasan sesak, tertutup secara beramai-ramai pada masa sama seperti di ruang makan (pantri) di tempat kerja.
“Kekalkan jarak satu meter ketika cakap bersemuka dengan orang lain. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.
Beliau berkata, orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenai C0vid-19. Katanya, KKM juga akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Dalam pada itu, Dua kluster yang telah diisyiharkan tamat lapor KKM. 1. Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi yang telah menjangkiti 31 orang termasuk satu pemergian seseorang. 2. Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas) di Klang dan Petaling yang telah menjangkiti 36 orang termasuk 5 orang yang telh pergi buat selamanya

Loading...
loading...

Dua kluster yang telah diisyiharkan tamat iaitu:

1. Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi yang telah menjangkiti 31 orang termasuk satu orang yang telah pergi buat selamanya. 2. Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas) di Klang dan Petaling yang telah menjangkiti 36 orang termasuk 5 orang yang telah pergi buat selamanya.




C0vid-19: Kes pulih melebihi dua kali ganda jangkitan baru, tiada yang pergi buat selamanya

TERDAHULU dilaporkan, tiada kes berkaitan virus C0vid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), hari ini. Bilangan kes pulih C0vid-19 melebihi hampir dua kali ganda kes jangkitan baru apabila sebanyak 74 kes pulih dan dibenarkan keluar wad berbanding 39 kes baru.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj adalah sebanyak 4,776 kes atau 73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. “Terdapat 39 kes baru dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes.
“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan C0vid-19 adalah 1,584 kes. Mereka diasingkan dan diberi rawatan,” katanya. Terkini #COVID19 7 Mei 2020. Kes discaj 74 dan Kes baharu 39
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian C0vid-19 di Putrajaya, hari ini. Mengulas lanjut, katanya, daripada 39 kes baru yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan. “Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 38 kes, yang mana sebanyak lapan kes dikesan daripada kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Sehingga kini, seramai 19 kes positif C0vid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, lapan kes memerlukan bantuan pernafasan. “Jumlah kumulatif kes pemergian yang melibatkan C0vid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 107 kes berikutan hari ini tiada pemergian dilaporkan,” katanya.

Kementerian belum sedia benarkan kedai gunting rambut beroperasi

DALAM sidang media yang sama, Kementerian Kesihatan belum sedia membenarkan kedai gunting rambut beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Ini kerana ada laporan di Jepun dan Amerika Syarikat berkaitan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja dan pelanggan kedai gunting rambut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
“Kita sedang memantau dengan teliti sebelum benarkan, mungkin secara berperingkat,” katanya pada sidang media hari ini. Kedai gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi kerana terdapat laporan di Jepun dan AS jangkitan #COVID19 dalam kalangan mereka yang menggunting rambut dan pelanggan. KKM akan memantau sblm benarkan ia beroperasi dan pengumuman akan dibuat tempoh terdekat. – @DGHisham
Beliau menambah kementerian akan memantau dan memberi nasihat sebelum membenarkan lebih banyak lagi sektor ekonomi beroperasi. Pada 1 Mei lalu, Muhyiddin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja, berkata sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi pada 4 Mei lalu tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP).
Sumber: Harian Metro, Twitter via apampink
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post