Dr Noor Hisham nekad lepaskan pesakit positif Covid 19 walaupun belum sembuh. Akhirnya Doktor ini bersuara lantang tentang KKM ubah Protokol rawat pesakit Covid 19

Dr Noor Hisham nekad lepaskan pesakit positif Covid 19 walaupun belum sembuh. Akhirnya Doktor ini bersuara lantang tentang KKM ubah Protokol rawat pesakit Covid 19

Timbul persoalan dari orang ramai apabila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan pesakit C0vid-19 didiscaj dari wad selepas 14 hari menjalani rawatan walaupun ujian yang dilakukan sehari sebelum itu mendapati ianya masih positif.

Dr Noor Hisham nekad lepaskan pesakit positif Covid 19 walaupun belum sembuh. Akhirnya Doktor ini bersuara lantang tentang KKM ubah Protokol rawat pesakit Covid 19
Dr Noor Hisham nekad lepaskan pesakit positif Covid 19 walaupun belum sembuh. Akhirnya Doktor ini bersuara lantang tentang KKM ubah Protokol rawat pesakit Covid 19

Bagi menjawab persoalan orang ramai, Dr Masliha Harun menerusi Facebook miliknya menerangkan dari sudut kesihatan mengapa perkara tersebut dilakukan KKM. Tambahnya lagi, KKM mengikut garis panduan dan saranan dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

ARTIKEL MENARIK:Baru hamil tapi isteri terpaksa bersalin leps suami bela ikan aneh yang cantik dari memancing. Terkejut bila tahu nyawa anaknya terletak pada ikan tu

Angka RO menurun

Ramai yang pm/dm Sis bertanya kenapa sekarang polisi berubah dan jika orang tu masih positif kenapa dibiarkan keluar merata sebab kes masih lagi tinggi dan mesti akan PKP semula. Menjadi tanggungjawab kita sebagai Doktor bantu menerangkan apa yang kita tahu dan penting untuk kita warwarkan polisi Kerajaan dari semasa ke semasa.

Ramai yang masih excited di hari ketiga Raya ni dan ramai tak tengok TV sangat sebab busy beraya dalam “rumah sendiri” kan. Hihi. Ok cerita dia begini, now Malaysia ikut saranan WHO bahawa jika pesakit tersebut masih lagi positif walaupun dah kuarantin selama 14 hari adalah berdasarkan apa yg DG selalu sebut RO (disebut R-naught). RO of C0vid-19 di Malaysia sebelum PKP adalah 3.55 dan semasa sebulan setelah PKP, RO tersebut telah jatuh sehingga di paras 1.

Kekalkan norma baharu

Apakah makna nombor 2 yang disebut ini. Ini adalah kadar kebolehjangkitan yang jika pada 3.55 bermakna setiap orang baru yang dijangkiti virus berbahaya ini boleh menjangkiti kepada 3.55 orang yang lain. Sebab itu penting jika semakin hari RO tersebut semakin menurun.

Kini kadar kebolehjangkitan Malaysia adalah dibawah paras 1 iaitu sekitar 0.7 itu bermakna average person yang boleh dijangkiti dari orang yang terjangkit adalah hanya 0.7 person bermakna kurang dari seorang pesakit. Itu adalah berita baik untuk Malaysia. 

Ini juga bermakna kita berjaya mengekang penularan wabak/penyakit ini dari sehari ke sehari. Tetapi masih kita perlukan mengamal segala “new norm” kita yang biasa iaitu amalkan jarakkan sosial, basuh tangan yang kerap, amalkan pemakanan yang sihat dan lakukan tahap kebersihan yang tinggi.

Jika RO tinggi PKP diperketatkan

Sebab tu pentingnya untuk kita tahu kadar kebolehjangkitan (RO) ini supaya kita boleh tahu penyakit itu berupaya menjangkiti berapa orang yang lain sekiranya RO ini masih tinggi. Jika RO berterusan tinggi Insyaallah PKP akan diperketatkan semula. Kini kita dah boleh menarik nafas lega sedikit kerana RO ini telah pun turun dengan sangat banyak.

Yes, number jangkitan yang meningkat pada hari ini adalah kes di depoh tahanan dan nampak tak faktor utama untuk jangkitan C0vid ini adalah sentuhan dan crowded places. So amat penting untuk kita kekalkan social distancing and jangan sentuh apa-apa sekiranya tak berkenaan. Okay?

Malaysia dalam keadaan stabil

Anatara fakta lain, menurut Business Insider, angka RO 1 bermaksud penyakit tersebut tersebar dalam keadaan stabul. Angka dibawah 1 bermakna penyakit tersebut sedang menurun dan berkemungkinan akan tamat, manakala angka lebih dari 1 menunjukkan ianya masih lagi membiak secara meluas.

WHO menjangkakan angka RO bagi C0vid-19 ialah antara 2 dan 2.5. Jadi syukurlah Malaysia kini dalam keadaan stabil terima kasih kepada semua frontliners kita dan Kerajaan PN khususnya. Teruskan kita berjuang melawan C0vid ini, jangan kita ambil mudah tau.

So, harap serba sedikit penjelasan ini boleh mengurangkan perasaan kerisauan atau gundah-gulana sesetengah pihak. Jangan kita terlalu paranoid juga tanpa mengetahui fakta okay. Apa yang penting sentiasa kekal berwaspada dan sayangi keluarga kita yang tersayang.
Loading...
loading...

KKM akan laksana protokol baharu rawatan C0vid-19

DR Noor Hisham ketika sidang media harian C0vid-19 . TERDAHULU, pesakit dijangkiti C0vid-19 yang sudah menerima rawatan dalam tempoh 14 hari akan dibenarkan pulang walaupun masih dikesan positif virus berkenaan, itu protokol baharu akan dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam rawatan C0vid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, protokol baharu itu selaras dapatan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta kajian Korea Selatan dan Taiwan mendapati kebolehjangkitan C0vid-19 hampir sifar selepas 14 hari pesakit menerima rawatan.

“Laporan terkini WHO menyebut bahawa pesakit boleh didiscaj sekiranya sudah menerima rawatan melebihi 14 hari. “Apa yang penting sekarang ini mengikut WHO, mungkin ujian positif itu dikesan dalam ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) pada hari ke-13 yang masih positif, iaitu peluruhan virus (virus shedding), ia adalah positif lemah yang tidak menjangkiti atau kebolehjangkitan kurang atau hampir sifar.

“Persoalannya adakah mereka ini masih boleh menjangkiti? Kebolehanjangkitan itu masih ada tetapi mengikut laporan WHO, kalau mereka sudah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan adalah sifar,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media harian perkembangan terkini C0vid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, protokol sebelum ini menetapkan pesakit hanya boleh dibenarkan pulang selepas ujian yang dijalankan terhadap mereka pada hari ke-13 dan dalam tempoh 24 jam selepas itu menunjukkan keputusan negatif. “Selepas itu kita ubah, kita perlukan hanya satu keputusan negatif cukup untuk discaj pesakit.

“Tetapi semalam maklumat yang kita terima dari WHO dan kajian dari negara lain menunjukkan bahawa kebolehjangkitan sudah kurang selepas tempoh 14 hari,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan melihat semula laporan untuk prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk merawat pesakit C0vid-19 termasuk kemungkinan tidak lagi perlu menggunakan ujian PCR.

Justeru, katanya, setiap pesakit positif C0vid-19 akan menggunapakai protokol baharu ini untuk tempoh 14 hari rawatan. “Laporan baru kita terima dan kita akan maklumkan kepada semua pakar kita di hospital mengenai protokol baharu dan kita akan merawat kes positif untuk tempoh 14 hari sahaja.

“Walaupun mereka akan positif selepas tempoh 14 hari, tetapi kebolehjangkitan itu adalah hampir sifar,” katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, selepas dibenarkan pulang pesakit masih dinasihatkan untuk menjalani kuarantin selama dua minggu di rumah. Katanya, KKM masih lagi mempelajari virus berkenaan berikutan ia masih baharu. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Masliha Harun, Ohbulan, Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

via Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post