Semalam Lando Zawawi telah mengutarakan pendapatnya mengenai isu semasa UStaz Ebit Lew. Dia memberi pendapatnya dari sudut undang-undang. Dalam perkongsian tersebut Lando Zawawi ada mengatakan bahawa Ustaz Ebit Lew mempunyai beberapa kesalahan dan salah satunya adalah sebab dia bukan Melayu.
Ustaz Tak Faham Budaya Melayu Itu Lah Punca Jadi Macam Ni. Kali Ini Giliran Lando Zawawi Tampil Sekolah Ustaz Ebit Lew Buat Warganet Terkedu. |
“Kelemahan no 2 ni bukan sebab dia kurang berpengetahuan.. Macam mana saya nak cakap ye sebab takut dia terasa, Kalau Ustaz Ebit Lew menonton ni saya minta maaf” – Ujar Lando Zawawi. “Ebit Lew ni dia bukan melayu, dia bangsa cina yang masuk Islam, jadi orang Islam dia jadi Ustaz, jadi dia tidak faham Budaya Melayu !!”
ARTIKEL MENARIK: Muat naik foto bantu keluarga kurang berkemampuan di Baling. Tak sangka ini komen dari Pusat Zakat bila Ustaz Ebit muat naik gambar tersebut.
Loading...
“Apa itu budaya melayu yang menyebabkan dia kena, budaya melayu yang dia kena adalah perasaan tidak puas hati, iri hati dengki cakap belakang. Benda-benda ni ada pada Melayu yang Ustaz Ebit Lew gagal untuk memahami sebab dia orang cina” – Ebit Lew
“Saya atas ini, saya minta maaf dengan Ustaz Ebit Lew, saya rasa kesal, sebab dia orang cina, dia tak faham orang melayu ini cakap belakang, dan saya orang melayu saya tahu. Ramai yang menyokong apa yang dikatakan oleh Lando Zawawi dalam siaran langsung yang dibuatnya di laman facebooknya pada malam tadi.
Lando yang merupakan aktivisi beberapa kali dipanggil oleh pihak polis ke balai bagi memberikan kenyataan. Namun menurutnya setakat ini tiada kes melibatkannya atau mana-mana brotherhood Malaysia di balai polis kerana mereka adalah dipihak yang benar.
Ustaz Ebit Lew juga dipanggil oleh Bukit Aman semalam bagi memberi kenyataan untuk beberapa perkara. Ustaz Ebit Lew juga dikatakan telah berhenti untuk keluar memberi sumbangan. Kini sumbangan diberikan oleh Ebit Lew secara atas talian kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Sumber Rentas Asia
Duit Sendiri Dah Keluar Lebih Dari Sejuta. Ustaz Ebit LLew Terkilan Bila Terpaksa Hentikan Bantuan. Rupanya Ini Ynag Terjadi.
Penceramah dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew mendedahkan dia telah dipanggil ke Cawangan Khas Bukit Aman untuk memberi kenyataan susulan aduan membabitkan kes yang viral baru-baru ini. Ebit meluahkan rasa sedih kerana niatnya untuk membantu golongan yang memerlukan telah disalahertikan oleh segelintir pihak.
“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kaseh sangat.
“Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas njis atau tepi jalan. Semenjak PKP ini saya asyik fikir jika ini penghujungnya hyat saya. “Saya nak beri sehabis baik. Beratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.
Loading...
loading...
“Ramai anak-anak susah terbiar saya dah hantar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Takde viral pun. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah,” tulisnya. Jelas Ebit segala perbelanjaan yang digunakan adalah dari simpanan sendiri bagi membantu golongan dalam kesusahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit saya sendiri dah lebih sejuta ringgit saya belanjakan masa PKP ini.. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner dan orang yang putus makanan, susu anak dan tiada tempat tinggal.
“Ada 20 rumah lagi keadaan macam tu perlu dibantu. Takde air. Takde elektrik. Rumah macam pondok. Macam nak roboh. Anak kecil. Kalau saya letak gambar semua menangis tengok. Maafkan saya. Anak-anak kecil tu semua sabar yer tunggu lepas PKP. Rayalah begitu dulu yer.
“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Sorry pada pegawai tadi. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia,” luahnya menerusi sebuah entri di Facebook.
Dalam pada itu, Ebit turut mengumumkan dia sudah tidak lagi memberi bantuan secara langsung seperti mana yang dinasihatkan. “Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah.
“Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. PKP ini saya dapat kenal siapa kawan dan siapa saja nak berlwan dengan saya. Tapi saya takkan pernah bermusuh atau berdendam dengan sesiapa. Saya maafkan semua. Saya maafkan kerana Allah. Saya mengadu pada Dia semua sedih dan susah saya.
“Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Rumahku syurga. Saya cuma akan menangis jika ada orang susah. Saya akan doakan mereka. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya Redha. Saya minta maaf pada semua yer. Saya salah. Kepada Allah saya berserah,” tulisnya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK via Media Metro Terkini
Post a Comment