Malaysia belum bersedia untuk menarik balik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh terdekat ekoran beberapa faktor yang masih kurang memuaskan dan perlu ditangani, kata Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Datuk Dr Amar Singh HSS.
Malaysia belum sedia untuk tarik balik Perintah Kawalan Pergerakan dalam masa terdekat ini. Akhirnya pakar tampil dedahkan punca terbesar yang ramai tak tahu. |
Menurut bekas Ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak itu, daripada enam kriteria untuk keluar PKP yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), negara masih mempunyai kekurangan dari segi ujian saringan, kapasiti pegawai kesihatan, pengesanan kontak dan paling ketara pemikiran masyarakat.
ARTIKEL MENARIK:Muat naik foto bantu keluarga kurang berkemampuan di Baling. Tak sangka ini komen dari Pusat Zakat bila Ustaz Ebit muat naik gambar tersebut.
Loading...
“Saya berpendapat perkara ini masih belum masuk ke dalam minda dan prinsip masyarakat awam berhubung langkah-langkah pencegahan. Saya percaya bahawa tidak boleh hanya 50 atau 70 peratus orang yang bertanggungjawab.
“Untuk mencegah penularan wabak ini, dalam prinsip WHO, hampir semua masyarakat perlu ikut dan sama-sama bertanggungjawab dan saya berpendapat bahawa ini masih belum masuk ke dalam fikiran masyarakat kita,” katanya dalam sesi webinar anjuran Pusat Media Sains (SMC) Malaysia dengan kerjasama Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) semalam.
Sesi webinar berkenaan turut disertai Perunding Psikologi Klinikal dari Universiti Cyberjaya, Prof Madya Dr Zubaidah Jamil Osman dan Pakar Komunikasi Sains yang juga Pengasas Bersama SMC Malaysia Dr Mahaletchumy Arujanan.
Mengulas lanjut, Dr Amar Singh HSS berkata 33 kes positif jangkitan COVID-19 dalam kalangan pesakit Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dalam tempoh dua minggu lepas menunjukkan jangkitan virus masih berlaku dalam komuniti.
“Apa yang kita tidak faham sampai sekarang adalah walaupun dikawal, masih ada jangkitan dalam komuniti bermaksud virus itu masih merebak dari satu orang kepada individu lain dalam komuniti. “Sekiranya kita tidak berhati-hati wabak ini akan kembali dan mungkin gelombang kedua dan ketiga akan lebih besar,” katanya.
Pada sesi berkenaan, beliau turut berkongsi garis panduan yang diterbitkan Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-Kanak (NECIC) antaranya melatih guru dan ibu bapa tentang langkah pencegahan selain mengawal pergerakan murid dalam kelas dan juga di kawasan sekolah.
Loading...
loading...
“Saya tidak dapat membayangkan 40 murid sekolah duduk dalam kelas bersama satu cikgu. Saya rasa itu sangat bahaya. Budak-budak itu mungkin tidak pergi menghadap illahi atau sakit teruk tetapi mereka akan membawa penyakit itu kepada ibu bapa dan juga datuk serta nenek mereka,” katanya.
Sementara itu, Dr Zubaidah menyarankan orang ramai bersedia secara mental untuk menerima kebiasaan baharu pasca PKP seperti mengamalkan jarak sosial dan duduk di rumah. Beliau berkata amalan jarak sosial adalah kebiasaan baharu pasca PKP, tetapi yang penting ialah jarak fizikal bukan sosial dengan menyarankan masyarakat supaya sentiasa berhubung dengan keluarga, kawan-kawan dan ahli komuniti melalui media sosial dan teknologi.
– Bernama
Artikel Lain: Malaysia Hasilkan Vaksin Covid 19. Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia Apabila Dr Noor Hisham Katakan Malaysia Terpilih Dlm Pembuatan Vaksin
MALAYSIA berkemampuan menjadi antara negara melaksanakan pembangunan dan penyelidikan vaksin koronavirus baharu (Covid-19). Keyakinan itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah susulan perbincangan yang giat dijalankan bersama negara lain mengenai usaha membangunkan vaksin terbabit.
Menurutnya, hasil perbincangan berkenaan diharap mendapat maklum balas positif. “Setakat ini, kita sudah kenal pasti beberapa negara dan akan berhubung dengan negara terbabit. Kita akan lihat bagaimana kita dapat bekerjasama dengan mereka dari segi penyelidikan.
“Malaysia akan menawarkan diri menjadi negara yang boleh dijadikan tempat untuk melaksanakan penyelidikan itu,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini. Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap negara akan dipilih dalam pembuatan vaksin itu.
Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, tiga kementerian iaitu Kementerian Luar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta KKM bekerjasama untuk memastikan Malaysia mengambil langkah proaktif membangunkan vaksin Covid-19.
Beliau berkata, kerjasama itu bertujuan memastikan Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk mendapat akses kepada pembangunan vaksin serta mampu terus mendapatkan vaksin terbabit apabila ia siap dihasilkan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jangan lupa tekan like dibawah untuk berita menarik
Sumber Hmetro via Media Metro Terkini
Post a Comment