Ini Jumlah TERKINI Individu Ditahan Ingkar PKP Di Johor

Ini Jumlah TERKINI Individu Ditahan Ingkar PKP Di Johor

SEHINGGA semalam, seramai 526 individu ditahan di negeri ini kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini Jumlah TERKINI Individu Ditahan Ingkar PKP Di Johor
Ini Jumlah TERKINI Individu Ditahan Ingkar PKP Di Johor

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semalam sahaja seramai 97 individu ditahan kerana ingkar PKP.

ARTIKEL MENARIK: Covid-19. Ronaldo Beli ‘Sesuatu’ Bernilai RM45 Juta Buat Ramai Tercengang
Loading...

Katanya, sehingga kini, seramai 50 individu didakwa di Mahkamah Johor Bahru atas kesalahan ingkar PKP.


“Kesemua tangkapan disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342),” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, kesalahan juga boleh disiasat mengikut Peraturan (3) Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Ayob Khan berkata, pihaknya mengharapkan kerjasama dari masyarakat supaya sentiasa berada di rumah dan tindakan yang tegas akan diambil bagi mereka yang tidak mematuhi PKP.

Loading...
loading...

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-221 29 99 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post