Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran perjalanan pulang bagi pelajar-pelajar IPT yang berada di kampus.
Pergerakan pelajar IPT pulang. Rupa rupanya ini yang perlu para ibu bapa ambil tahu bila tunggu pelajar pulang ke rumah |
“Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan pergerakan menghantar pulang pelajar bermula pada 27 April 2020 iaitu hari Isnin depan,” ujarnya.
ARTIKEL MENARIK:Dituduh Hipokrit Dan Tak Mahu Bantu Rohngya Masa Jadi PM, Ini Respon Balas Najib
Loading...
Menerusi sidang media harian perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau menyatakan bahawa waktu perjalanan untuk menghantar pulang para pelajar yang terkandas dihadkan bermula daripada pvkul9 malam sehingga 9 pagi. Waktu perjalanan dihadkan bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan di waktu siang.
“Pergerakan adalah secara berperingkat-peringkat, dan ianya hanya melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja,” katanya. Selain dari itu juga pelajar yang perlu pandu pulang kenderaan mereka sendiri dan tidak rentas negeri perlu mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu.
Berikut merupakan intipati sidang media harian perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 April 2020.
Loading...
loading...
SK/Bernama via sambal tumis
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menguruskan perjalanan pulang pelajar universiti ke rumah masing-masing. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara SOP yang diambil kira ialah tempoh yang perlu diambil untuk melakukan proses saringan kesihatan terhadap kira-kira 100,000 pelajar universiti terbabit dan bagaimana mengelak pergerakan secara massa.
“Kita akan menyediakan SOP, tetapi bila akan dibenarkan pulang, mungkin belum ditetapkan lagi sebab jika mereka perlu membuat saringan, jumlah pelajar kira-kira 100,000 tentu jangka masa yang lama untuk dilakukan. “Berdasarkan faktor itu, barulah boleh ditentukan nanti bila tarikh untuk dibenarkan pulang. Kalau dibenarkan pulang nanti MKN, KKM dan KPT akan mengeluarkan SOP penghantaran pulang.
“Yang penting, kita tidak mahu banyak pergerakan kerana tidak mahu pergerakan besar-besaran berlaku. Bayangkan jika balik serentak, bas berbondong-bondong balik dan singgah di hentian rehat dan rawat (R&R), akan berlaku pertembungan yang besar, kita nak cuba elak perkara ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Post a Comment