NGO Hak Asasi Manusia Amnesty International mengcam tindakan Malaysia menghalang dan menghantar pulang dua bot Rohngya serta mendesak kerajaan Malaysia untuk menerima setiap bot pelarian Rohngya yang berjaya mendarat di Malaysia.
Dituduh Hipokrit Dan Tak Mahu Bantu Rohngya Masa Jadi PM, Ini Respon Balas Najib |
Media portal FMT pula memutar belit posting saya hari ini untuk membina persepsi bahawa saya hipokrit berhubung isu Rohngya.
ARTIKEL MENARIK: Siapa Etnik Rohngya Ini. Mengapa Mereka Dihalau Dan Ramai Tidak Mahukan Mereka
Loading...
Ianya adalah sangat senang untuk bercakap sahaja dan untuk tuntut ini atau tuntut itu tanpa menyedari apakah implikasi sebenar.
PERTAMA. Saya bukan hipokrit. Kerajaan BN semasa saya sudah banyak membantu Rohngya.
Kita bersama PAS juga membuat perhimpunan bersama untuk mendesak kerajaan Mynmar untuk hentikan kekej4man terhadap etnik Rohngya.
Kita pertengahkan isu apa yang sedang berlaku kepada etnik Rohngya di Mynmar masa itu.
Kita tak buat perhimpunan untuk suruh semua pelarian Rohngya untuk datang ke Malaysia.
Tahukah perbezaanya?
Masa itu, saya amat jelas berkata:
” Kita akan buat berdasarkan budi bicara atas dasar kemanusiaan tapi kita tidak boleh bagi isyarat yang Malaysia terbuka, siapa-siapa hendak masuk, boleh masuk,”
Tiada siapa yang boleh menuduh Malaysia tidak pernah buat apa atau berlaku zalim dalam isu pelarian Rohngya ini.
Dan saya juga mengecam tindakan PBB untuk kurang membantu dan bertindak dalam isu ini.
Apa dilakukan UNCHR? Apa fungsi mereka?
Kini, 5 tahun sudah berlalu.
Loading...
loading...
ASEAN dan PBB hanya terdiri dari Malaysia saja ke?
Adakah ASEAN dan PBB hanya terdiri dari Malaysia sahaja? Sampai bila Malaysia perlu memikul tanggungjawab ini (bantu Rohngya) secara bersendirian?
NGO-NGO ini patut mendesak PBB dan UNHCR untuk bertindak juga. Jangan sering menekan Malaysia sahaja.
KEDUA: Posting saya hari ini ialah untuk menegur etnik Rohngya dalam negara bahawa mereka perlu menghormati undang-undang Malaysia dan sensitif dengan sentimen serta kebimbangan Rakyat pada masa krisis Covid ini.
Ya, mereka pernah bantu mereka tetapi mereka juga perlu membantu mereka sendiri dengan menghormati undang-undang dan tempoh PKP ini.
KETIGA. Kita TAK BOLEH membenarkan dua bot itu mendarat di Malaysia kerana kita tak mahu trag3di yang lagi besar berlaku.
Jika berita bahawa dua kapal itu berjaya mendarat dan diterima oleh Malaysia tersebar luas maka ianya tidak mustahil bahawa berpuluh atau beratus lagi bot-bot yang akan cuba lari ke Malaysia.
Bila ini berlaku maka lagi ramai nyawa Rohngya akan terjejas atau terkorb4n semasa perjalanan bot yang amat bahaya ini.
Tahukah kamu bahawa puluhan penumpang bot telah terkorb4n nyawa SEBELUM dua kapal itu sampai ke perairan Malaysia?
Seramai satu juta etnik Rohngya kini berada di sempadan negara Bangladesh dengan Mynmar.
Bayangkan berapa lagi bot-bot lagi yang akan cuba berlayar ke Malaysia jika dua bot pertama dari kem-kem di Bangladesh itu berjaya mendarat dan diterima oleh Malaysia?
Malah kerajaan Bangladesh juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan membenarkan dua bot yang disuruh pusing balik oleh Malaysia untuk mendarat kembali di Bangladesh.
Di dalam situasi ini dan pada masa krisis Covid ini, adakah ianya lagi baik bagi mereka untuk tidak menggalakkan lagi ramai Rohngya untuk cuba melarikan diri ke Malaysia?
Nak kecam Malaysia sebagai zalim kerana tak terima dua bot itu? Okay.
Nak putar-belit bahawa Najib hipokrit dan tak mahu bantu Rohingya lagi? Fine.
Tapi kamu perlu sedar apakah implikasi dan tragedi kepada mereka yang hampir pasti akan berlaku jika tanda isyarat bahawa bot-bot pelarian akan diterima oleh Malaysia tanpa syarat pada masa Covid ini.
Kita perlu realistik dan peka kepada apa yang akan terjadi.
Adakah korang hendak bertanggungjawab jika lagi ramai etnik Rohingya kehilangan nyawa mereka semasa melarikan diri ke Malaysia pada masa kini?
FMT, Malaysia United via KL Viral
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Post a Comment