Penang benarkan Solat Aidilfitri di rumah tetapi ada satu perkara yang tidak dibenarkan.

Penang benarkan Solat Aidilfitri di rumah tetapi ada satu perkara yang tidak dibenarkan.

Umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga.

Penang benarkan Solat Aidilfitri di rumah tetapi ada satu perkara yang tidak dibenarkan.
Penang benarkan Solat Aidilfitri di rumah tetapi ada satu perkara yang tidak dibenarkan.

“Ia adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang ditetapkan semalam mengenai garis panduan sambutan Hari Raya dan solat berjemaah itu boleh dilakukan, tetapi hanya membabitkan ahli keluarga di rumah saja.

ARTIKEL MENARIK: Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah Seperti Yang Disarankan JAKIM
Loading...

“Bagi ahli keluarga yang baru sembuh daripada Covid-19 atau perlu kuarantin di rumah, mereka tidak dibenarkan menyertai solat sunat berjemaah itu namun boleh menunaikannya secara bersendirian,” katanya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri berkata,
bagi imam, bilal dan siak boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP). Wan Salim berkata, takbir Hari Raya di masjid dan surau hanya boleh dilaksanakan oleh imam, bilal dan siak dengan menggunakan rakaman.

Loading...
loading...

TAKBIR RUMAH KE RUMAH TIDAK DIBENARKAN
“Takbir pada malam raya dari rumah ke rumah yang menjadi kebiasaan sebelum ini adalah tidak dibenarkan kerana mahu mengekang penularan wabak Covid-19. “Kami menggalakkan setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di
rumah masing-masing sehingga sebelum solat sunat hari raya dilaksanakan,” katanya. Bagi pesakit dan petugas di hospital pula katanya mereka dibenar melaksanakan solat sunat Aidilfitri mengikut arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber : GEMPAK via Media Metro Terkini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post