Banduan yang tidak mempunyai kesalahan serius perlu dibebaskan awal bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara, demikian cadangan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
Elak penularan Covid-19 di penjara, banduan bagi kesalahan tidak serius perlu dibebaskan awal - Lim Kit Siang |
Beliau berkata demikian mengulas mengenai permintaan Jabatan Penjara yang meminta mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara bagi pesalah ingkar pada perintah kawalan pergerakan (PKP).
ARTIKEL MENARIK: Balik dari Itali tak kuarantin diri, akibatnya 37 disahkan positif & 5 maut disebabkan Covid-19
Loading...
Seorang jurucakap Jabatan Penjara, pada waktu ini terdapat 73,000 banduan di ruang yang sewajarnya hanya untuk 52,000 orang.
Setakat 1 April 2020, 378 individu dijatuhkan hukuman penjara kerana ingkar kepada arahan PKP.
Menurut Lim, beberapa negara lain seperti Indonesia, United Kingdom dan India sedang mempertimbangkan pembebasan awal kepada banduan bagi kesalahan tidak serius bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di penjara.
"Kerajaan Malaysia harus melakukan perkara sama untuk mengelakkan penularan Covid-19 dengan keadaan penjara Malaysia yang sesak.
Loading...
loading...
"Dengan membenarkan pembebasan awal banduan terutama warga emas, mereka yang disabitkan kesalahan kecil atau tidak melibatkan keganasan, individu yang keadaan kesihatannya mempunyai risiko jangkitan Covid-19 yang jenayahnya tidka melibatkan ancaman fizikal kepada orang lain," katanya.
Dengan keadaan penjara yang agak sesak pada waktu ini, arahan penjarakan sosial tidak dapat dilakukan. Oleh itu katanya, hukuman perlu ditukar.
"Ini juga bagi melindungi kakitangan penjara, yang tiada pakaian perlindungan peribadi (PPE) dan paling mudah terdedah jika berlaku penularan Covid-19 di sana," katanya.
Post a Comment