Balik dari Itali tak kuarantin diri, akibatnya 37 disahkan positif & 5 maut disebabkan Covid-19

Balik dari Itali tak kuarantin diri, akibatnya 37 disahkan positif & 5 maut disebabkan Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan, kluster terbaru dalam kes Covid-19 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali telah menyebabkan 37 individu positif Covid-19 dan lima lagi dilaporkan meninggal dunia.

Balik dari Itali tak kuarantin diri, akibatnya 37 disahkan positif & 5 maut disebabkan Covid-19
Balik dari Itali tak kuarantin diri, akibatnya 37 disahkan positif & 5 maut disebabkan Covid-19

Menurut beliau, pesakit yang kembali dari Itali itu tidak menjalani kuarantin diri sejurus pulang dan melakukan rutin-rutin hariannya seperti biasa.

ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Cakap elok-elok lah, orang tengah minum' - Suspek biadab terhadap penguatkuasa MBPP ditahan polis
Loading...

"...daripada hasil siasatan yang telah dijalankan, terdapat satu kluster yang wujud daripada kes indeks positif Covid-19 yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Itali. 

"Setakat ini, daripada kluster tersebut, 37 orang telah disahkan positif Covid-19, terdapat lima kes kematian serta satu kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan yang sedang dirawat di ICU.

"Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ketiga," katanya. 

GENERASI 1: Pesakit yang baru pulang dari Itali
GENERASI 2: Rakan sekerja + nenek
GENERASI 3: Ahli keluarga terdekat

Lima daripada kluster itu yang telah meninggal dunia merupakan kes ke-1,031, 1,032, 1,006, 2,850 dan 2,210.

Justeru, Dr Noor Hisham menegaskan, masyarakat perlu memberi maklumat yang jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat dengan individu sah positif Covid-19, mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau hadir ke perhimpunan yang diumumkan oleh KKM sebagai berkait rapat dengan penularan wabak Covid-19. 

Loading...
loading...

PENJELASAN MUDAH BAGI MEMAHAMI BERITA DI ATAS:

Kisah ini bermula apabila seorang warga emas wanita sakit yang disyakit berkait dengan jangkitan di paru-paru dan sudah dibuat ujian Covid-19. 

18 Mac 2020, warga emas berkenaan meninggal dunia. Keputusan Covid-19 belum keluar pada waktu ini dan disebabkan tiada rekod atau kontak rapat, pengebumian nenek ini dibuat seperti biasa (hanya keluarga terdekat). 

Pada hari yang sama, dua orang dalam ahli keluarga menunjukkan simptom dan dirujuk ke hospital. 

20 Mac 2020, kedua-duanya disahkan positif Covid-19. Pada hari yang sama juga, keputusan ujian nenek ini keluar dan disahkan positif Covid-19. 

Siasatan dilakukan dan rupanya kes jangkitan dalam kalangan ahli keluarga ini bermula dari salah seorang daripada anak warga emas berkenaan. Dan malangnya, anak ini pula mendapat jangkitan dari rakan sekerja yang positif Covid-19, yang mempunyai rekod perjalanan ke Itali. 

Yang menjadi masalah, rakan sekerja ini tidak mengkuarantinkan dirinya selepas pulang dari Itali. Dia terus bekerja seperti biasa dan menjangkiti rakan-rakan sekerjanya yang lain. 

INFO TAMBAHAN

Katanya rakan sekerja yang baru pulang dari Itali itu ada membuat ujian di klinik swasta menggunakan Rapid Test Kit (Pemeriksaan Antibodi Badan) dan keputusannya adalah negatif. 

Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan ada menekankan bahawa KKM tidak menyarankan penggunaan Rapid Test Kid disebabkan tahap ketepatannya yang rendah.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post