Siapa Etnik Rohngya Ini. Mengapa Mereka Dihalau Dan Ramai Tidak Mahukan Mereka

Siapa Etnik Rohngya Ini. Mengapa Mereka Dihalau Dan Ramai Tidak Mahukan Mereka

Aku dapat berita di Dhaka ni bahawa sekumpulan masyarakat Rohngya telah mengadakan demonstrasi di KL.

Siapa Etnik Rohngya Ini. Mengapa Mereka Dihalau Dan Ramai Tidak Mahukan Mereka
Siapa Etnik Rohngya Ini. Mengapa Mereka Dihalau Dan Ramai Tidak Mahukan Mereka

Memandangkan Bangladesh juga terpalit isu Rohngya ini memandangkan mereka yang paling rapat dari segi budaya, bahasa dan geografi, aku bertanya pada business associates di Bangladesh akan pendapat beliau tentang orang Rohngya.

ARTIKEL MENARIK:Minta Macam-macam, Rakyat Malaysia Makin ‘Berbulu’ Dengan Warga Rohngya?
Loading...

Beliau beritahu memang sebelum perpecahan negara India menjadi Pakistan seterusnya Pakistan berpecah menjadi negara Bangladesh, memang orang Rohngya ini berasal dari tanah Bengal (Selatan Bangladesh) ke Myanmar, dibawa oleh orang2 British sebagai buruh mereka.
Lalu Myanmar mencapai kemerdekaan,mereka tak diiktiraf kewarganegaraannya.
Alasannya, kerana mereka mahu mengekalkan identiti mereka sebagai bangsa Rohngya dan tak mahu mengaku sebagai orang Benggali.
Maka dengan pelbagai tekanan dari kerajaan Myanmar maka jadilah mereka pelarian, antara yang paling ramai ialah di Bangladesh.
Oleh sebab ramainya bangsa ini di Bangladesh, mereka telah mendatangkan banyak masalah kepada kerajaan Bangladesh. Mereka mencari masalah dengan orang Bangladesh.
Lalu kerajaan Bangladesh menutup sempadan di Myanmar bagi mengelakkan lebih ramai orang Rohngya masuk.
Baru-baru ini, orang Rohngya telah mendatangkan masalah lebih besar kepada kerajaan Bangladesh.
Seperti yang kita tahu, di Bangladesh ini hampir 99% penduduknya beragama Islam, namun terdapat juga kelompok minoriti Buddha dan Hindu. Disebabkan dendam mereka pada orang Buddha, orang Rohngya telah bertindak membakar beberapa kuil Buddha di Bangladesh.
Ini menimbulkan ketegangan antara kerajaan Bangladesh dan Myanmar kerana Myanmar menuduh orang Bangladesh yang membakar kuil Buddha. Maka disebabkan perangai buruk mereka maka nama Bangladesh terpalit sedangkan masyarakat Islam Bangladesh hidup aman tenteram bersama masyarakat Buddha.
Banyak lagi masalah yang ditimbulkan oleh mereka yang menyebabkan bukan sahaja Myanmar, tapi Bangladesh juga tidak mahu mengiktiraf mereka walaupun mereka ini paling hampir dengan orang Bangladesh.
Bagi kita di Malaysia, memang kita simpati dengan nasib mereka yang dibu nuh dan diseksa saban hari di Myanmar. Tapi harus kita tahu juga, sikap bangsa mereka ini sendiri yang menyebabkan mereka enggan diiktiraf oleh mana2 kerajaan sebagai rakyat.
Mereka suka mengganggu ketenteraman dan memberontak.
Sebagai negara yang bermurah hati mungkin kita boleh membantu dari segi kebajikan seperti menghantar bantuan makanan dan perubatan, namun untuk memberikan mereka tempat berteduh di tanah air kita, usahlah.
Kelak kita yang menyesal. Jika mereka berkelakuan baik dan berintegrasi dengan baik dengan masyarakat Buddha di Myanmar sudah pasti tak ada masalah untuk mereka diiktiraf.

Loading...
loading...

Hanya satu sebab, BANGSA ROHNGYA TAK SEDAR DIRI. 
Tulisan saya tentang isu Rohngya telah menjadi perdebatan hangat yang saya sendiri tak sangka. Ramai yang memberi respon negatif dengan memaki hamun saya tanpa memahami pokok pangkal isu.
ROHNGYA, CUKUP-CUKUPLAH BUAT KAMI MALAYSIA TERSEPIT!
Sebagai manusia biasa, sudah pasti sedikit sebanyak saya terkesan dengan hamburan caki maki yang dilemparkan, malah ada yang mempersoal akidah saya.
Ramai yang buat2 pandai mengeluarkan segala fakta untuk menghentam saya. Soalnya, apakah idea kalian tentang solusi isu Rohngya ini? Seperti saya katakan, saya juga bersimpati dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara seagama saya.
Namun, adakah dengan sekadar menyatakan rasa simpati dan sedih dapat merungkai masalah yang menimpa mereka?
Namun saya bersyukur, masih ada yang memahami niat baik saya dan beberapa orang pensyarah, ahli agama, aktivis dan wartawan telah mengubungi saya dan memberi saya semangat untuk terus memberi pemahaman kepada masyarakat tentang isu ini dengan memberikan saya pelbagai maklumat dari sumber2 yang sahih.
Apa yang saya tuliskan ini adalah olahan saya hasil maklumat yang diberi beserta kefahaman saya sendiri, kalau ada fakta yang salah tolong betulkan kerana ini adalah forum terbuka.
Anda pasti tahu bahawa Myanmar adalah negara yang mengamalkan dasar asimilasi yang dipanggil Burmanization iaitu konsep satu bangsa satu bahasa, sama seperti di Indonesia dan Thailand.
Tak seperti negara kita yang mengamalkan konsep integrasi kaum yang lebih terbuka kepada perbezaan bangsa dan bahasa.
Masalahnya, kerajaan Myanmar berdegil untuk tidak mengiktiraf etnik Rohngya sebagai rakyat Myanmar kerana perbezaan budaya dan bahasa mereka dan keengganan mereka keluar dari kelompok mereka sendiri untuk menjadi sebahagian komuniti rakyat Myanmar.
Ada yang beritahu, kalau sekarang kerajaan Bangladesh telah gazetkan satu pulau tidak berpenduduk di wilayah Chittagong untuk tempatkan pelarian Rohngya, kenapa tidak Malaysia buat benda yang sama?
Tahu tak, Malaysia dah lama buat! Bagi yang rajin membelek sejarah, dah pasti anda tahu bahawa Malaysia satu masa dahulu amat terkenal sebagai negara yang amat ‘mesra pelarian’ sampai kita menyediakan sebuah pulau untuk 120,0000 pelarian Vietnam satu masa dahulu!
Hinggalah tercetusnya peristiwa Pulau Bidong yang hampir mengggugat kedaulatan negara kita dek sikap pelarian yang tak sedar dek untung!
Bagi yang tak tahu, InsyaAllah saya akan bongkarkan kisah Pulau Bidong ini dalam artikel akan datang.
Jadikan ia sebagai pengajaran agar pisang tak berbuah dua kali. Kalau kami buka tanah air kami ini untuk semua bangsa, apa ertinya nenek moyang kami berkorban mempertahankan tanah air kami dari penjajahan asing?
Kami juga pernah menjadi bangsa tertindas dahulu, tapi adakah nenek moyang kami lari meninggalkan tanah air? Bangsa mana yang hulur bantuan pada kami ketika itu?
Sebab itulah kami, Malaysia menolak untuk menandatangani Konvensyen Pela­rian 1951 dan Protokol 1967, sebab kami masih ingat peritnya nenek moyang kami berjuang membebaskan tanah air ini.
Berbalik soal Rohigya, saya tetap berpendirian isu ini hanya mampu diselesaikan melalui rundingan damai antara kerajaan Myanmar dan etnik Rohngya.
Satu pelan damai bersifat win-win situation mesti dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang. Jika perlu, mungkin Malaysia boleh jadi fasilitator kerana kita berpengalaman luas dalam menyelesaikan isu2 setempat seperti isu konflik masyarakat Islam di Timur Filipina dan Selatan Thailand.
Cukup2lah letakkan kita dalam keadaan tersepit dan serba salah antara kemanusiaan dan kedaulatan negara disebabkan isu Rohngya yang tak berkesudahan. Bangkitlah, bangkit Rohngya!
Apa pun, kami akan terus membantu kalian selagi diizinkan Allah dan doa kami agar kalian kuat menghadapi dugaan ini dan menjadi bngsa yang berjaya di dunia satu hari kelak.
InsyaAllah. #SOLIDARITYFORROHINGYA
Artikel Dipetik Dari Pop Hiburan Media Terkini via KL Viral
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post