[VIDEO] Jenis tak faham bahasa atau memang jenis pentingkan diri sendiri Arahan dah dikeluarkan tapi masih berdegil

[VIDEO] Jenis tak faham bahasa atau memang jenis pentingkan diri sendiri Arahan dah dikeluarkan tapi masih berdegil

KUALA LANGAT: Tanpa menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuatkuasa hari ini, kira-kira 30 peniaga di Pasar Pagi Teluk Bunut, Banting dan Jenjarom di sini terus berdegil dengan menjalankan perniagaan seperti biasa.

[VIDEO] Jenis tak faham bahasa atau memang jenis pentingkan diri sendiri Arahan dah dikeluarkan tapi masih berdegil
[VIDEO] Jenis tak faham bahasa atau memang jenis pentingkan diri sendiri Arahan dah dikeluarkan tapi masih berdegil

Sejak pagi tadi, satu video penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengarahkan peniaga di kawasan itu menghentikan aktiviti jual beli menggunakan pembesar suara tular di media sosial.

ARTIKEL MENARIK: Idntiti mngsa ke-2 C0V19, tdak pernah ada sejarah skit kr0nik!
Loading...


Yang Dipertua MPKL, Mohamad Zain A Hamid, berkata kira-kira jam 8 pagi tadi, sepasukan penguatkuasa MPKL mendapati aktiviti jual beli berjalan seperti biasa di kawasan berkenaan.
“Selepas penguatkuasa memberikan arahan secara lisan, peniaga mengambil masa setengah jam untuk mengemas dan menutup perniagaan masing-masing.
“Sekiranya masih meneruskan perniagaan esok dan seterusnya, notis ingkar arahan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran dan kertas siasatan akan dibuka untuk pendakwaan mengikut Seksyen 24 (a) Akta 342.
“Tapi ini lebih kepada kuasa polis dan sebab itu atas perintah Akta Polis 1967 digunapakai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Zain berkata, sebelum diarahkan tutup pasar pagi itu sempat beroperasi selama satu jam.


“Perkara ini semua berlaku disebabkan oleh kedegilan peniaga yang tidak mematuhi arahan dan bukan kerana kegagalan penguatkuasaan.

Loading...
loading...

“MPKL dan semua agensi yang terbabit sentiasa memantau keadaan ini dari masa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata, pasar pagi ini dibuka setiap hari bermula kira-kira jam 6 pagi sehingga 12 tengah hari.
“Selain itu, di sekitar Kuala Langat ada pasar awam Banting, Jenjarom dan Tanjung Sepat yang dibuka untuk orang awam membeli barang keperluan harian termasuk beberapa pasaraya besar.
“Tetapi langkah pencegahan sudah diwarwarkan dan wajib dipatuhi oleh semua pihak,” katanya.
Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Katanya, bagi menguatkuasakan larangan itu, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar aya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengeluarkan arahan agar orang ramai perlu mendapatkan surat perlepasan sekiranya ada keperluan untuk bergerak ke negeri lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac nanti.
Arahan itu bagaimanapun ditarik balik selepas mendapati orang ramai berpusu-pusu untuk mengisi dokumen di balai polis seluruh negara sejak lewat petang semalam sehingga menyebabkan kesesakan di balai polis serta perhentian bas.
Dalam pada itu, Maszlee turut menitipkan pesanan agar tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat khususnya anak-anak dan siswa yang bercuti dengan membaca buku.
“Manfaatkan kelapangan waktu untuk melihat semula buku-buku yang tidak sempat kita sentuh sebelum ini dan ibu bapa juga dinasihatkan untuk memenuhkan aktiviti termasuk aktiviti ilmu bersama keluarga di rumah serta mengajar anak-anak untuk saling membantu mereka yang memerlukan pada waktu kritikal ini,” katanya.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post