Ustaz Ini Ajar Bagaimana Nak Tahu Siapa Yang Santau Kita

Ustaz Ini Ajar Bagaimana Nak Tahu Siapa Yang Santau Kita

Selalu kita dengar kisah orang disantau. Kadang kadang santau ini berpunca atas dasar perniagaan atau bekas kekasih, ada bermacam macam sebab kenapa dia sanggup menjadi syirik dengan menghantar santau.

Ustaz Ini Ajar Bagaimana Nak Tahu Siapa Yang Santau Kita
Ustaz Ini Ajar Bagaimana Nak Tahu Siapa Yang Santau Kita

Nak Tahu Siapa Yang Santau Kita?


ARTIKEL MENARIK: Tidur Diganggu Seperti Kena Tindih. Ustaz Ini Kongsikan Cara Untuk Elak Dengan Gunakan Daun Ini Sahaja
Loading...

Bagi seseorang yg telah disantau/sihir pasti ingin mengatahui siapakah orang yang menyantaunya. Baiklah disini saya kongsikan kaedahnya, tapi perlu diniatkan bukan untuk membalas dendam tapi hanya untuk lebih kepada berhati-hati.
1. Sebelum tidur, lakukan solat sunat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Lakukan 7 hari atau lebih.
2. Semasa solat sunat hajat dan istikharah doa agar Allah berikan kesembuhan dan permudahkan dalam membuat rawatan disamping itu mohon tunjukkan apakah masalah yg anda hadapi.
3. Sebelum tidur pastikan anda berada dalam keadaan air sembahyang, maafkan semua orang dan tidur mengikuti sunnah2 ketika tidur.
4. Sekiranya anda tidur dan bermimpi wajah seseorang dalam keadaanya marah, hodoh atau menakutkan yang berulang-ulang kali hanya wajahnya sahaja dan apabila terjaga segeralah sedekah kan Al-Fatihah kepada beliau dan doa mohon kepada Allah agar ia bertaubat serta berikanlah ia hidayah dan petunjuk kejalan orang-orang yg beriman.
5. Lakukan berulang2 kali dan perlu diingatkan jgn ada sebesar zaharah sekali pun untuk membalas. Kita perlu ingat, setiap perbuatan baik atau jahat ada balasannya.
6. Teruskan ikhtiar dalam mencari kesembuhan dlm rawatan islam dan mempertingkatkan amalan kita ikhlaskan kerana Allah swt.
Insya Allah.
Sumber Artikel: Facebook Norazri Medzlan


Loading...
loading...

Elak Jadi Mangsa Sihir Atau Santau, Wanita Ini Kongsi Cara Betul ‘Upload’ Foto Di Media Sosial

Perkembangan dunia digital masa kini membuatkan kita lebih senang muat turun gambar melalui medium sosial untuk disimpan sebagai kenang kenangan. Tapi ada kalanya apa yang kita muat turut itu boleh menyebabkan orang lain rasa tidak senang hati melihatnya. Ini yang boleh membawa kepada penyakit Ain (mata) yang viral dibicarakan di media sosial. Bukan tak boleh muat turun tetapi ada cara tersendiri bagi mengelakkan penyakit Ain ini. Perkongsian wanita ini di laman facebook memberitahu cara terbaik upload gambar bagi mengelakkan gambar kita disihir atau santau.
Kita peru sentiasa berwaspada dengan penyakit Ain (mata) ini kerana daripada matalah segalanya boleh terjadi perkara yang tidak elok.
Ini kerana dengan pancaindera yang satu itu kita melihat segala kebaikan dan keburukan orang lain.
Berjaga-jaga dengan pandangan kita kerana boleh melontarkan diri ke lubuk paling dalam. Boleh berlakunya pujian dan kemudiannya melahirkan sifat dengki melihat paparan kebahagiaan di media sosial contohnya.
Menurutnya terdapat beberapa tip yang boleh kita jadikan panduan sebagai muat turun foto di laman sosial masing-masing.
Perkongsian Nurul Hassanah  ini mendapat lebih 3 ribu butang like dan hampir 7 ribu pula yang menekan share. Masing-masing berterima kasih atas perkongsian berguna ini terutama dalam era dunia digital tanpa sempadan.
Bismillah, malam ni saya nak berkongsi cara atau tips upload gambar di media sosial untuk mengelakkan gambar kita disihir/santau. Sebelum itu, ilmu ini kredit kepada ustaz halim (kalau tak silap), Mohon doakan kesejahteraan ustaz.
Tips pertama
– Rujuk gambar no 1. Make sure mata tidak melihat sharp pada kamera. Kita tengok sisi.
Tips kedua
– Rujuk gambar no 2. Wajah tak diambil semua, ada half lagi tu memang sengaja tak bagi nampak.
Tips ketiga
– Rujuk gambar no 3. Kalau mata pandang kamera secara sharp dan wajah bagi tengok semua, pastikan upload size yang sangat kecik. Ust azhar pun ada bagi tips ni.
Tips keempat
– Rujuk gambar no 4. Gambar di ambil secara separuh yakni tidak menampakkan bawah kaki. Pendek kata tak ambil satu badanlah.
Tips kelima (extra tips)
– Tidak mendedahkan nama penuh mak di media sosial.
Sesungguhnya sihir/santau masih diamalkan orang sekarang dan mudah sahaja untuk melakukannya hanya dengan sekeping gambar. Ust tak beritahu kenapa kena buat begini tapi ini sedikit ilmu untuk elakkan diri kita disihir melalui gambar. Ada “sebab” nya tersendiri. Apa-apa pun sama-sama lah kita dekatkan diri pada Allah agar diri kita sendiri menjadi benteng yang kukuh tak ditembusi benda syirik sebegini. Wallahualam.
Saya izinkan ilmu ini disebarkan pada keluarga & kawan-kawan. Semoga bermanfaat.
tatus ini umum untuk perempuan dan lelaki. Tak upload lagi baik. Namun ada yang upload untuk tujuan muamalah/bisnes so bolehlah guna cara ini.
via Rakan Media Network
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post