TIDUR KENA TINDIH, ADA ORANG CAKAP KENA TINDIH DENGAN JIN. APA UBATNYA?
Tidur Diganggu Seperti Kena Tindih. Ustaz Ini Kongsikan Cara Untuk Elak Dengan Gunakan Daun Ini Sahaja |
Pernah tak alami kita sedang tidur tiba tiba rasa kena tindih. Kita boleh lihat sekeliling tetapi tidak boleh bergerak. Kita cuba menjerit meminta tolong tetapi suara tidak keluar.
ARTIKEL MENARIK: Jangan Mengumpat & Menghina Adik-Beradik Susah, Akibatnya Berat Di Akhirat Nanti
Loading...
Rasa berat badan seperti ada sesuatu yang menghempap badan kita dan menutup mulut kita dan tiba tiba kita boleh bergerak sendiri.
Ada yang memberitahu ini adalah tindihan jin.
Ustaz Norazri Medzlan, nama yang bukan calang calang dalam perubatan Islam. Beliau yang juga Pengasas at Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur telah banyak membantu sesiapa yang mempunyai masalah dari segi perubatan Islam.
Siapa yang belum cuba boleh lah cuba. Pasti badan segar, insya Allah boleh tidur malam dan tiada mimpi yang menakutkan lagi.
Sakit kepala, sering mimpi yang menakutkan, sakit-sakit badan, sering ditindih ketika tidur, sampuk, histeria, masalah sihir pemisah, masalah saka, santau, sihir dan lain-lain.
Jom Ikhtiar Dengan Mandian Pati Bidara (100% tiada campur) Bersama Dengan Ais Batu. Bagi Merawat Segala Gangguan Makhluk Halus.
Sila Ikut Kaedah Seperti Dibawah:
Sediakan daun bidara yang jenis berduri 63 helai dan basuh dengan bersih.
Masukkan kedalam bland bersama dengan setengah gelas air bersih. Bland sehingga hancur seperti jus.
Tapis menggunakan tapis teh. Hampasnya boleh dibuang.
Tuangkan semuanya didalam baldi.
Loading...
loading...
Campur air bersih 7 gayong.
Letak ais batu. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit ye.
Tunggu sebentar sehingga air tadi sejuk.
PENTING
Waktu mandi adalah selepas asar sebelum masuk waktu maghrib lebih kurang jam 630 ptg. Jirusan pertama dikaki, jirusan kedua di pinggang, jirusan ketiga dibahu dan jirusan ke 4 hingga 7 di ubun-ubun sehingga habis air tersebut.
Ratakan satu badan dan jangan dibilas dgn air lain.. Lap lebih kurang.. Lakukan 3 ptg berturut-turut. Ketika anda mandi terasa mual hendak muntah, jangan ditahan muntah tersebut. Jikalau tersekat perlu dijolok supaya muntah.
Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen “izinkan saya untuk beramal”. Insya Allah nanti saya (Ustaz Norazri Medzlan) ijazahkan.
Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt.
Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan.
Sumber : Norazri Medzlan
Artikel By: Semua Berita
Post a Comment