Terkini Pelajar UiTM Didapati Positif Covid-19

Terkini Pelajar UiTM Didapati Positif Covid-19

Wabak Covid-19 mula menghantui rakyat Malaysia. Terkini seorang pelajar UiTM didapati positif Covid-19. Baca selanjutnya.

Terkini Pelajar UiTM Didapati Positif Covid-19
Terkini Pelajar UiTM Didapati Positif Covid-19

Dijangkiti Covid-19 Dari Arwah Ayahnya
Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini mengesahkan seorang pelajar Pengajian Jarak Jauh (E-PJJ) universiti itu didapati positif COVID-19 pada Jumaat lalu.

ARTIKEL MENARIK: Risau bawa balik Covid-19, doktor berdiri depan rumah lambai anak2 dari jauh
Loading...

Naib Canselor UITM, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pelajar berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangkiti wabak berkenaan melalui bapanya.
“Bapa pelajar berkenaan mendapat jangkitan daripada saudaranya yang menyertai perhimpunan ljtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Pelajar berkenaan pula menghadiri kuliah pada 15 Mac 2020 dan apabila mendapati dirinya disahkan positif COVID-19, beliau memaklumkan kepada pensyarahnya mengenai keadaannya (positif COVID-19),” katanya menerusi satu kenyataan malam ini.
Sehubungan itu, UiTM melalui Pusat Gerakan COVID-19 dan Pusat Kesihatan UiTM sudah memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai keadaan pelajar itu.

Loading...
loading...

“Kontak rapat mangsa sudah dikenal pasti oleh pihak UITM dan mereka sudah menjalankan saringan COVID-19 di Pusat Kesihatan Daerah Kepong.
“Pihak UITM juga sudah melakukan pembersihan dan pembasmian kuman di kelas dan kawasan berkaitan sebagai langkah keselamatan,” katanya.
Difahamkan setakat ini, keseluruhan kes pelajar yang disahkan positif COVID-19 adalah seramai tiga orang dan sedang menjalani rawatan.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post