Risau bawa balik Covid-19, doktor berdiri depan rumah lambai anak2 dari jauh

Risau bawa balik Covid-19, doktor berdiri depan rumah lambai anak2 dari jauh

Menjadi seorang doktor dan juga petugas kesihatan dalam waktu-waktu genting ini bukanlah sesuatu yang mudah. Berdepan risiko jangkitan kerana berhubung dekat dengan para pesakit adalah cabaran terbesar mereka.

Risau bawa balik Covid-19, doktor berdiri depan rumah lambai anak2 dari jauh
Risau bawa balik Covid-19, doktor berdiri depan rumah lambai anak2 dari jauh

Lebih-lebih lagi mereka yang sedang bertugas mengendalikan kes-kes positif Covid-19 ini. Pastinya perasaan untuk pulang kerumah bertemu dengan keluarga perlu ditahan kerana gusar mereka akan mendapat jangkitan secara tidak dijangka.

ARTIKEL MENARIK: Covid-19. Ini Teguran Keras Cikgu Popular Malaysia Yang Ramai Setuju
Loading...

Hanya saling memandang

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ahmad Effendy Zailanudin, dia telah berkongsi satu momen sedih sepupunya menerusi muat naik gambar di media sosial.
Menurut kapsyen yang disertakan, sepupunya yang juga seorang doktor terpaksa berdiri di luar pagar rumah sahaja untuk melihat anak-anak yang berada di muka pintu kerana dia mengendali kes Covid-19 di hospital.

Sama2 kita berdoa untuk mereka

Dalam gambar tersebut, jelas sekali bahawa doktor itu hanya berdiri dan memandang ahli keluarga dari hadapan pintu pagar. Langkah tersebut diambil bagi mengelakkan anak-anak serta isteri di rumah mendapat sebarang jangkitan tidak diingini kerana dia merupakan frontliner bagi Covid-19 di hospital.


Loading...
loading...

Dalam kenyataan itu juga, pengguna Facebook turut berharap agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan barisan petugas-petugas kesihatan dan juga mereka yang berkhidmat kepada negara ketika ini terus diberi keselamatan.

Semoga barisan frotliner diberi keselamatan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai apabila melihat gambar  yang begitu menyentuh hati.
Rata-rata mereka menzahirkan rasa sebak melihat momen ayah dan anak itu. Mereka juga berdoa agar barisan frotliner diberikan kekuatan serta ketabahan dalam berjuang melawan Covid-19 di Malaysia ketika ini.

Sedihnyaa lihat gambar ni

Mana yang masih degil tuu tolongla dengar arahan

Sumber: Ahmad Affendi via omm via Rakan Media Network

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post