Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah

Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah

RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memohon doa kesejahteraan daripada rakyat selepas kakitangan Istana Negara disahkan dijangkiti C0v-19.

Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah

Melalui satu hantaran di akaun Instagram airtangan_tunkuazizah, baginda turut memaklumkan seramai sembilan kakitangan Istana Negara disahkan dijangkiti virus itu.

ARTIKEL MENARIK:Anak Petugas Kesihatan Kongsi Cerita Kehidupan Harian Ayahnya Buat Ramai Sebak.
Loading...

Dalam hantaran yang dimuat naik kira-kira 5 petang tadi, Raja Permaisuri Agong memaklumkan baginda mempunyai kontak rapat dengan sembilan kakitangannya yang positif.
” Setakat ini sudah sembilan posit1f, di istana hanya tinggal saya sekeluarga bersama tiga pembantu.
Tunku Azizah bertitah, sepasukan anggota Jabatan Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat juga sudah berada di Istana Negara.
” Semua kakitangan akan dibawa ke hotel untuk menjalani kuarantin secepat yang boleh.
” Prosedur yang akan mereka lalui adalah pertama perlu menukar pakaian yang dipakai dengan pakaian yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan.
” Selain itu mereka perlu melalui proses disinfeksi sebelum menaiki bas dan semua barangan peribadi mereka akan melalui proses disinfeksi,” titah baginda.
Baginda bertitah, mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan dan kumpulan ini akan menentukan bas mana yang akan mereka naiki.
Titah baginda, kumpulan pertama adalah mereka yang keputusan ujiannya negat1f.
” Kumpulan kedua adalah mereka yang keputusan ujian ‘swab test’ belum diterima dan kumpulan ketiga adalah mereka yang sudah mempunyai simptom seperti batuk, selsema dan demam,” titah baginda.
Raja Permaisuri Agong turut memuat naik enam gambar menunjukkan proses dilaksanakan di Istana Negara oleh petugas Jabatan Kesihatan dan pasukan bomba.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah sudah menjalani saringan kesihatan dan disahkan negat1f Cov1d-l9.
Dan Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya posit1f Cov1d-l9 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Cov1d-l9 dan disahkan negat1f.

Loading...
loading...


” Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Ahmad Fadil berkata sehubungan itui, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Cov1d-l9 pulih.
” Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini. Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya.
Sumber: HMETRO via KL Viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post