Anak Petugas Kesihatan Kongsi Cerita Kehidupan Harian Ayahnya Buat Ramai Sebak.

Anak Petugas Kesihatan Kongsi Cerita Kehidupan Harian Ayahnya Buat Ramai Sebak.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, hatinya tiba-tiba sebak apabila melihat bapanya kerap pulang lewat sejak akhir-akhir ini. Semoga Tabah. Baca Selanjutnya

Anak Petugas Kesihatan Kongsi Cerita Kehidupan Harian Ayahnya Buat Ramai Sebak.
Anak Petugas Kesihatan Kongsi Cerita Kehidupan Harian Ayahnya Buat Ramai Sebak.

Sejak kebelakangan ini gambar petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan perubatan merawat pesakit Covid-19 yang berlegar di media sosial cukup meruntun hati.

ARTIKEL MENARIK:Jumpa Keluarga Ini Di Taman Permainan. Apa Yang Jadi Lepas Tu Buat Ramai Sebak.
Loading...

Kita yang melihatnya pasti sebak apatah lagi ahli keluarga petugas frontliners ini.


Salah seorang anak kepada kakitangan perubatan turut meluahkan rasa bimbang dan sedih melihat bapanya, Roskelana Parsun, 56, yang terpaksa bekerja sehingga lewat malam setiap hari sejak wabak Covid-19 melanda negara.
Perkongsian Athirah Roskelana di Twitter mengenai tugas bapanya sebagai Inspektor Kesihatan di Pejabat Kesihatan, Batu Pahat, Johor mendapat 20,500 ulang kicau dan lebih 30,000 tanda suka.
Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, hatinya tiba-tiba sebak apabila melihat bapanya kerap pulang lewat sejak akhir-akhir ini.
“Ayah pukul 7.30 pagi dah pergi kerja dah. So far kalau ikut purata kadang-kadang 1, 2 pagi baru balik rumah.
“Selalunya kalau balik tu ayah akan mandi dekat luar. Ibu akan siapkan sabun semua benda dekat luar, barulah dia masuk rumah.
“Kadang tu ayah tak makan pun sebab penat sangat. Macam semalam dia terlelap depan TV, bila tengok tu memang sedih,” katanya kepada mStar.
Jelas Athirah lagi, kesibukan bapanya itu ketika ini ternyata memberi kesan kepada adik bongsunya, Auni Fathini, 6, tahun yang amat rapat dengannya.
Adik bongsu pula cakap ayah marah Auni ke? Memang sedih time tu. Pagi tu ibu suruh ayah pergi hospital terus. Ibu call kawan ayah suruh tengokkan ayah.

Loading...
loading...

“Adik saya ni jenis yang kalau ayah balik kerja mesti dia lari kat ayah sebab nak peluk. Tapi sekarang tak boleh dah.
“Mak saya pun ada cerita ada satu masa adik saya ngigau masa tidur sebut nama ayah.
“Tak tahu nak cerita macam mana dekat dia yang ayah dia tengah selamatkan orang ramai. Kadang dia faham, kadang dia tak faham,” katanya.
Malah Athirah berkata ibunya turut susut berat badan kerana bimbang dengan keselamatan bapanya.
“Ibu pun berat badan susut sebab risau. Kadang ayah WhatsApp dia baru lepas siasat kes orang positif Covid-19, dia mula risau.
“Isteri mana tak risaukan suami kan. Ibu pun selalu mengomel kenapalah ramai tak faham, suruh duduk rumah tapi nak juga keluar.
“Jadi mana yang tak sihat tu pergi jelah buat saringan. Kes kat Johor pun makin naik, yang main sembunyi-sembunyi pun banyak lagi,” katanya.
Gadis berusia 27 tahun itu berkata mereka sekeluarga juga risau apabila bapanya tidak sihat, demam dan sakit tekak.
“Kebetulan pagi kejadian dia siasat kes orang positif Covid-19. Malam tu dia kurung diri dalam bilik, dia memang tak bagi kami dekat dengan dia.
“Adik bongsu pula cakap ayah marah Auni ke? Memang sedih time tu. Pagi tu ibu suruh ayah pergi hospital terus. Ibu call kawan ayah suruh tengokkan ayah.
“Alhamdulillah keputusan negatif. Ayah saya demam biasa je. Masa tu lega sangat sebab risau kalau jadi apa-apa dekat ayah,” katanya.
Dalam pada itu, Athirah yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah kilang elekronik di Rengit, Johor turut berkongsi keluhan ayahnya mengenai kesukaran dilaluinya dan juga rakan-rakan lain.
“Ayah sendiri cakap kalau nak balik bila buka plastik mereka sarung tu memang lencun habislah. Ayah cakap memang panas.
“Kita yang pakai mask pun tak selesa apatah lagi mereka yang berbalut macam tu demi keselamatan ketika bertugas. Bila tengok video yang viral tu memang sedih sangat,” katanya.
Athirah turut menasihat mereka yang mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 supaya tampil membuat ujian saringan di klinik atau hospital berdekatan.
“Ayah cerita sekarang ni nak mencari orang yang pernah ada kontak dengan pesakit Covid-19 punyalah susah. Semua takut serah diri.
“Bagi kita yang sihat ni patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kebaikan semua pihak. Memang kita tak rasa tapi impak tu amat dirasai kami, family frontliners,” katanya.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post