Pak Wan, Hatta terdedah Covid-19, berborak lama dengan Pengerusi UDA

Pak Wan, Hatta terdedah Covid-19, berborak lama dengan Pengerusi UDA

KUALA LUMPUR – Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Hisham Hamdan telah dikesan positif Covid-19.

Pak Wan, Hatta terdedah Covid-19, berborak lama dengan Pengerusi UDA
Pak Wan, Hatta terdedah Covid-19, berborak lama dengan Pengerusi UDA

Dalam notis dalaman yang dikeluarkan oleh UDA, syarikat itu menasihati mana-mana individu yang berhubungan langsung dengan Hisham supaya menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan berdekatan terutama yang mengalami simptom demam panas, sakit tekak dan lain-lain.

ARTIKEL MENARIK: Peniaga minyak belacak didenda RM50,000 kerana mulakan komunikasi lucah
Loading...

Timbul kebimbangannya ialah Hisham juga sebelum itu dilihat bersama-sama dengan pimpinan baharu kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Selain itu, bekas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof juga dikatakan duduk semeja dan berborak berjam-jam bersama Hisham semasa majlis perpisahan bekas menteri berkenaan pada Khamis lalu.
Turut bersama ketika majlis yang sama ialah timbalannya, Datuk Dr. Hatta Ramli dan barisan pegawai kanan kementerian berkenaan.

Loading...
loading...

Bayangkan selepas itu Mohd. Redzuan dan Hatta bertemu pula dengan orang ramai termasuk rakan-rakan pimpinan, ahli-ahli parti dan wakil media.
Malah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan timbalannya dikatakan terpaksa dikuarantin selama 14 hari selepas menjalani ujian saringan semalam.
Terdahulu, Khazanah Nasional Berhad mengesahkan salah seorang kakitangannya telah dijangkiti wabak Covid-19 dan ada kaitan kerana suspek pernah ke Shanghai pada pertengahan Januari lalu.
Kakitangan itu merupakan kes 26, iaitu salah satu daripada empat kes baru penghidap wabak berkenaan.
Bagaimanapun tidak ada bukti menunjukkan kesemua yang terdedah itu dijangkiti Covid-19 tetapi jangan sesekali memandang mudah jangkitan virus berkenaan dan diharap kesemuanya menjalani pemeriksaan pihak berwajib dengan segera.- MalaysiaGazette

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post