Tiga lelaki dipercayai terbabit dengan kegiatan pecah rumah ditahan dalam sekatan jalan raya Operasi Covid-19 di Jalan Utama Taman Indah Perdana Kepong, di Gombak, hari ini.
(Gambar Diatas sekadar hiasan: Sekatan jalanraya ketika operasi PKP) |
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, sepasukan anggota polis melakukan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan pada 5 pagi.
ARTIKEL MENARIK: Anggota Polis Alor Setar Meninggal Dunia Ketika Ops Covid-19. Ini Puncanya.
Loading...
“Polis menahan kereta Perodua Myvi dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di lokasi itu.
“Hasil pemeriksaan, kami menemui pelbagai barangan dipercayai dijadikan sebagai peralatan untuk kegiatan pecah rumah dalam kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Arifai berkata, pihaknya menahan ketiga-tiga lelaki warga tempatan berusia antara 32 hingga 42 tahun.
“Semua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan mereka direman selama empat hari bermula hari ini hingga 26 Mac.
Loading...
loading...
“Kes disiasat mengikut Seksyen 28 (i) Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Peraturan 7 di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya.
Sumber : Mymetro via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment