Pelakon Emma Maembong mencuri perhatian wargamaya apabila menikmati momen bulan madu bersama suaminya di rumah.
Muat Naik Foto Int1m, Emma Maembong & Suami Dikec4m Netizen |
Menerusi laman sosial Instagram, Emma berkongsi sekeping foto intim bersama suami dengan pakaian sedondon untuk tatapan umum.
ARTIKEL MENARIK: Pernah Berkahwin Dgn Kerabat Diraja, Kenali Siapa Sebenarnya Mya Matahari Yang Tak Diketahui Umum
Loading...
“Tolong duduk di rumah macam apa yang Perdana Menteri kita suruh, maknanya bulan madu kat rumah je la kita @shazli.a nampaknya,” tulis Emma menerusi ruangan kapsyen.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja melihat aksi manis suami isteri ini.
Tidak kurang juga ramai yang berdoa agar pasangan ini memperoleh zuriat secepatnya.
Malah, ada yang turut memberikan tegvran kepada pasangan itu agar tidak terlalu menunjuk momen int1im mereka untuk khalayak ramai.
“Sweet sangat ni, buatlah anak cepat-cepat. Semoga kekal ke jannah,” kata seorang wargamaya.
“Sweetnya Emma dan Shazli. Hmm, nak kahwin juga!” komen seorang wargamaya.
Loading...
loading...
“Lama jugak ni honeymoon, dua minggu!” usik seorang wargamaya.
“Alahai, tak payah la yang ni pun hang nak menunjuk kat orang. Simpan la sikit di sebalik tabir,” tegur seorang wargamaya lagi.
Imbas kembali, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak via ViWanita
Post a Comment