Petang ini, dunia seni hiburan tanahair dikejvtkan dengan pmergian penyanyi Maya Matahari atau nama sebenarnya Myanaliza binti Ruslee.
Pernah Berkahwin Dgn Kerabat Diraja, Kenali Siapa Sebenarnya Mya Matahari Yang Tak Diketahui Umum |
Seorang rakan baik arwh yang juga bekas wartawan telah berkongsi tentang pmergian Maya di Facebook beliau yang membuat ramai seb4k.
ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Amyza Aznan Akhirnya Dedah Rahsia Mya Ruslee Yang Disimpan Selama ini
Loading...
” Lama dia mend3rita. Ketika k4nser menyer4ng batang tubuhnya yang kerdil kami tidak lagi dapat berjumpa dan dia banyak memilih mendiamkan diri sambil diam-diam membuat raw4tan.
” Jauh kembaranya mencari keafiatan, hingga ke negara China, sampai berbulan-bulan lamanya.
” Sebentar tadi, baru beberapa minit, khabar duk4 datang. Penyanyi Maya Matahari sudah pergi meningg4lkan kita semua. Al fatihah.
” Damailah kau di alam sana adikku yang baik, adikku yang sentiasa cantik. Semoga ada rezeki dan ruang untuk kami melihat jen4zahmu buat kali akhir. Al fatihah.” tulis Tengku Khalidah Tengku Bidin
Sekilas info dan biodata Maya Matahari
Dilahirkan di Johor Bahru, Maya Matahari yang kini (sebelum pemergian) mahu dikenali sebagai Mya Ruslee berumur 44 Tahun (2020).
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai penyanyi, pemilik nama penuh Myanaliza binti Ruslee ini mula terkenal menerusi lagu “Matahari” dari album pertamanya dengan bertajuk sama.
Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu “Diari Biru” dan “Mata”. Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan.
Selepas kejayaan beliau berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997, diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.
Beliau telah berkahwin pada 26 Jun 2009 dengan kerabat di raja Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz dan perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015 tanpa sebarang cahaya mata
Pada tahun 2018, beliau membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaru “Perlu Ada Setia” dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim yang kelima.
Berikut fakta menarik tentang Maya
1) Mempunyai tiga buah album iaitu Matahari, Diari Biru 2 dan Mata dan sudah menjadi anak seni sejak 24 tahun lalu.
2) Mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sejak Ramadhan tahun 2018.
3) Sekitar pertengahan tahun 2018, beliau terbit dengan single berjudul Perlu Ada Setia, berkonsepkan pop, ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Iman Imran.
Loading...
loading...
4) Pada Julai 2018, beliau mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka bujang yang sudah berkawan dengannya dalam tempoh lebih kurang setahun.
5) Maya akui ingin memiliki zuriat sendiri selepas tidak beroleh rezeki cahaya mata menerusi perkahwinan sulungnya.
6) Mencuba nasib di ujibakat Gegar Vaganza musim kedua dan ketiga, sebelum akhirnya terpilih menyertai program realiti itu di musim kelima (2018).
7) Dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-5, Maya berjaya mara ke konsert akhir dan mendapat tempat kelima.
Alfatihah buat Allahyrhamah Myanaliza binti Ruslee, semoga diampunkan segala dos4-dos4mu dan ditempatkan di kalangan orang beriman serta beramal soleh. Aamiin
Penyanyi dan pelakon, Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 33, selamat melangsungkan pernikahan dengan kerabat Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38, di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (TAR), di sini, semalam.
Maya mula mengenali suaminya yang juga ahli perniagaan sejak empat tahun lalu.
Tepat jam 5.40 petang, Tengku Shahreza hanya dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Darul Ehsan, Mohamad Khairi Hussein.
Pernikahan pasangan itu berwalikan abang sulung Maya, Harris Faizal Ruslee dan disaksikan 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan saudara mara terdekat.
Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 berserta tujuh dulang hantaran antaranya senaskhah al-Quran, sepasang kasut, kelengkapan peribadi dan manisan, manakala pengantin perempuan membalasnya dengan sembilan dulang.
Ketika ditemui, Maya menjelaskan, atas permintaan suaminya, jumlah wang hantaran dirahsiakan. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Matahari dan terbaru menerusi drama Datin Wan Abe di TV3 itu turut menarik nafas lega kerana akhirnya bergelar isteri.
“Kawan rapat saya semua sudah berkahwin dan mempunyai anak. Malah ada di antara mereka seperti Nadia Mustafar dan Ieda Moin sering bertanya bila pula saya bakal mengikuti jejak mereka,” katanya yang mengimpikan sepasang anak.
– BERITA HARIAN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Penakita.pw via ViWanita
Post a Comment