Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberi keterangan berhubung dakwaan mendera anak angkat perempuan berusia dua tahun, enggan mengeruhkan keadaan, sebaliknya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa.
“Maafkan Saya Semua,Kalau Saya Ada Menyakiti Hati Korang” – Alif Syukri Kongsi Video Pendek Dan Mengatakan Sesuatu! Anda Sendiri Yang Nilaikan |
Video Berada Di Bawah Artikel
Aliff juga meminta masyarakat berhenti membuat kenyataan dan membiarkan kes berkenaan disiasat.
ARTIKEL MENARIK: Kes Suami Nya Pvkul Anak Angkat, Datin Shahida Mula Bersuara. Ini Reaksi Datin Shahida Yang Ketika Ini Masih Di Tanah Suci Kerana Menunaikan Umrah
Loading...
“Biarlah mereka (polis) buat siasatan… Saya tidak mahu keruhkan keadaan lagi. “Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Polis menahan Aliff bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia mendera anak angkat perempuan berusia dua tahun, semalam. Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dilaporkan memaklumkan Aliff dibebaskan dengan jaminan polis, pada hari sama, sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan
Aliff berharap masyarakat terutama warganet berhenti membuat kenyataan berhubung kes berkenaan. “Biarlah orang yang sepatutnya buat kerja,” katanya.
Aliff juga meminta maaf kepada media kerana tidak boleh memberi sebarang ulasan mengenai kes terbabit. “Apa yang boleh saya cakap, isu ini masih dalam siasatan polis.
“Apa-apa pun, terima kasih atas kerjasama pihak media dan memberikan perhatian kepada isu saya ini. ”Saya bukan tidak mahu komen tapi saya tersepit… Sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini, ia sudah menjadi kes polis,” katanya.
Loading...
loading...
ALIFF SYUKRI TAMPIL MEMOHON MAAF KEPADA NETIZEN
Dah masuk hari ketiga, tiada satu pun posting dibuat oleh Dato Aliff Syukri di Instagram beliau. Sejak kes ini menjadi tular, Aliff Syukri umpama terus mendiamkan diri dari media sosial.
Hari ini, satu video dimuat naik ke Insta Story Dato Aliff Syukri. Beliau memohon maaf kepada semua netizen jika apa yang terjadi telah menyakitkan hati semua orang.
Jom tengok dan anda nilaikan sendiri.
Siasatan masih belum selesai, samada Dato Aliff Syukri bersalah diatas pertuduhan pun kita belum tahu. Kita cuma harapkan anak angkat beliau, Meena selamat saje.
Sumber : Bharian Online via Rakan Media Network
Post a Comment