Selepas segala usaha dijalankan termasuklah terpaksa mengambil tindakan drastik menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 march lalu.
"Kami Bermohon Kepada-Mu Ya Allah Lindungilah Kami" - Doa PM Sentuh Hati Netizen |
Perdana Menteri hari ini memimpin bacaan doa supaya wabak COVID-19 segera berakhir dan rakyat Malaysia boleh kembali menjalani kehidupan normal semula.
ARTIKEL MENARIK: ‘Saya tak tahan duduk situ…’ – Pramugari lari dari hospital tampil beri penjelasan
Loading...
Dalam nada sayu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tenang turut berdoa supaya seluruh rakyat diberi kekuatan untuk menghadapi masa yang mencabar ini manaka semua pesakit COVID-19 diberi kesembuhan segera.
Dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah, PM mendoakan supaya dosa seluruh umat Islam diampuni dan memohon perlindungan dari segala musibah mengancam nyawa.
Al-Fatihah..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Engkau ampunilah dosa-doa kami
Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami
Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah
Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa
Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini
Loading...
loading...
Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami
Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah, tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepada-Mu
Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi
Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak Coronavirus walau di mana sahaja mereka berada
Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah
Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah
Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah Lindungilah kami
Selamatkanlah kami Sejahterakanlah hidup kami. Aamin, katanya semasa memimpin bacaan doa selepas menyampaikan perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan hari ini.
Muhyiddin sebelum itu turut meminta semua penganut agama lain untuk sama-sama berdoa mengikut cara agama masing-masing.
Post a Comment