73 Anggota KKM Disahkan Positif COVID-19

73 Anggota KKM Disahkan Positif COVID-19

Semakin hari, semakin meningkat kes COVID-19 di Malaysia. Pihak kerajaan juga telah berusaha sekeras mungkin bagi membendung penularan ini selain mengambil inisiatif yang tidak akan membebankan rakyat pada masa akan datang.

73 Anggota KKM Disahkan Positif COVID-19
73 Anggota KKM Disahkan Positif COVID-19

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan 172 kes baru pada hari ini (25 Mac) lantas menjadikan jumlah kes keseluruhannya ialah 1,796. Selain itu, 199 pesakit telah sembuh dan discaj manakala 45 pesakit sedang menerima rawatan di ICU termasuk 34 bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

ARTIKEL MENARIK: "Kami Bermohon Kepada-Mu Ya Allah Lindungilah Kami" - Doa PM Sentuh Hati Netizen
Loading...

Daripada 172 kes baru ini, 71 pesakit daripada kluster perhimpunan di Sri Petaling selebihnya kluster lain yang masih dalam siasatan.


Dukacita dimaklumkan bahawa seramai 73 anggota kesihatan KKM adalah positif COVID-19 namun punca jangkitan bukanlah disebabkan oleh pengendalian pesakit positif di fasiliti kesihatan KKM. Daripada jumlah itu, 47 kes berkait rapat dengan majlis perkahwinan yang turut dihadiri oleh peserta ijtimak tabligh. Selain daripada itu adalah sejarah perjalanan ke luar negara dan juga kontak rapat dengan pesakit.

Selain itu kes kematian kini telah meningkat ke angka 19 dengan pertambahan dua kes baru. Kes kematian ke-18 adalah pesakit ke 1,625 iaitu lelaki warga tempatan berumur 56 tahun dan mempunyai penyakit kronik. Mangsa dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor sebelum meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Loading...
loading...

Kematian ke-19 pula ialah kes 1,246 melibatkan seorang wanita tempatan berumur 68 tahun. Beliau dirawat di Hopital Sultanah Nora Ismail pada 19 Mac dan menghembuskan nafas terakhir pada 25 Mac.

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber: AmazingNara

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post