(Video) Bengang kereta ditunda, wanita jerit, pukul, baling kon & ludah anggota penguatkuasa MBSA

(Video) Bengang kereta ditunda, wanita jerit, pukul, baling kon & ludah anggota penguatkuasa MBSA

Viral di media sosial video seorang wanita bertindak menyerang dua anggota penguatkuasa kerana cuba menunda keretanya.

(Video) Bengang kereta ditunda, wanita jerit, pukul, baling kon & ludah anggota penguatkuasa MBSA
(Video) Bengang kereta ditunda, wanita jerit, pukul, baling kon & ludah anggota penguatkuasa MBSA

Dalam kejadian yang berlaku di Bandar Baru Sungai Buloh, kereta wanita itu ditunda oleh anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atas kesalahan meletakkan kenderaan di zon larangan.

ARTIKEL MENARIK: 'Bapak dia menangis bagitau itu satu-satunya anak perempuan dia' - Pelajar maut dilanggar lari, leher terkena besi divider

Loading...

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, wanita terbabit mula menjerit-jerit, melakukan serangan fizikal dan membaling kon pada dua anggota berkenaan.

Walaupun diludah beberapa kali oleh wanita itu, dua anggota terbabit masih tenang dan cuba mengelak dari berdepan dengannya kerana mengetahui sekiranya mereka bertindak balas, pastinya akan dikecam teruk oleh netizen di media sosial. 

Sama ada bersimpati atau tidak tahan dengan serangan wanita itu, akhirnya kenderaan itu tidak ditunda. 

So after screaming & spitting at people, throwing things and attempting to assault, the tow truck fella let her off?

Location: Sungai Buloh pic.twitter.com/M2tCUDIWtX
— Kahöööna 🧮 (@Duurianne) February 6, 2020

Loading...
loading...

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad mengesahkan kejadian itu. Perkara itu katanya tidak akan mematahkan semangat anggotanya untuk meneruskan tugas seharian dan iam erupakan sebahagian dari cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan tugas. 

Di media sosial, netizen mengecam tindakan wanita itu yang jelas sekali menghalang penjawat awam melaksanakan tugas. Malah ada yang mempertikaikan mengapa kenderaannya tidak ditunda hanya kerana pemiliknya melakukan provokasi. 

Selamat RM300. Modal jerit2 pukul2 je.
— BOBBY DAZZLER ð“„€ (@_Boscoe) February 6, 2020

Oh. So THAT'S how you get off. Faham sekarang. 👌
— Lisa Ariffin Diamond (@lisajariffin) February 6, 2020

double standard. kalau lelaki buat mau kena bantai dan kena tangkap.
— Asyraff Ramlel (@AsyraffRamlel) February 6, 2020

Penguatkuasa pun takut. Awak ada kuasa, sita sahaja. Pelik betul Malaysia, rakyat arahkan penguatkuasa.
— sauffie (@Sauffie_84) February 6, 2020

Kena training jerit ni. Mana tau masa depan kereta kena tarik. 😰
— ash tray (@ash_khairi) February 6, 2020

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post