'Bapak dia menangis bagitau itu satu-satunya anak perempuan dia' - Pelajar maut dilanggar lari, leher terkena besi divider

'Bapak dia menangis bagitau itu satu-satunya anak perempuan dia' - Pelajar maut dilanggar lari, leher terkena besi divider

Seorang pelajar perempuan meninggal dunia dan bapa serta seorang lagi anaknya cedera selepas motosikal mereka dilanggar lari oleh sebuah kenderaan.

'Bapak dia menangis bagitau itu satu-satunya anak perempuan dia' - Pelajar maut dilanggar lari, leher terkena besi divider
'Bapak dia menangis bagitau itu satu-satunya anak perempuan dia' - Pelajar maut dilanggar lari, leher terkena besi divider

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi semalam berhampiran Tol Batu 3 lama dari Shah Alam ke Kuala Lumpur, tiga beranak itu dilanggar sebuah kereta yang kemudian terus melarikan diri.

ARTIKEL MENARIK: 'Ni lagi la, macam muka kambing'

Loading...

Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di leher, manakala adik lelakinya cedera teruk di bahagian muk dan bapanya mengalami kecederaan ringan.

"Sedih tengok kejadian yang berlaku pada pagi ini (6 Februari 2020). Kes langgar lari di mana kereta melanggar motosikal yang dalam perjalanan menghantar anaknya pergi ke sekolah.

"Seorang meninggal dunia kerana kecederaan serius di leher akibat terkena besi penghadang jalan, manakala seorang lagi mengalami kecederaan serius di bahagian muka.

"Si bapa cedera ringan, yang meninggal dunia adalah anak perempuannya. Si bapa menangis beritahu bahawa itu satu-satunya anak perempuan dia," kata Azmi Ismail yang berkongsi info mengenai kejadian itu di Facebooknya.

Azmi berharap ada pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu bapa mangsa mengesan pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab itu.

"Gambar tak ada sebab tak sanggup nak ambil. Siapa-siapa yang ada info atau menyaksikan kemalangan itu bolehlah mencari bapanya. Lokasi kejadian berlaku selepas Tol Batu 3 lama dari Shah Alam ke Kuala Lumpur, berhadapan dengan Shell dan Petronas menghala ke Shah Alam," katanya.

Ramai netizen yang bersimpati dan memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Namun dalam masa yang sama turut mempertikaikan penggunakan besi penghadang jalan yang dianggap membahayakan pengguna.

Loading...
loading...

2.jpg

Sebelum ini, seorang pelajar perempuan dalam perjalanan ke sekolah pada awal pagi maut dilanggar lari sebuah kereta di Bukit Changgang. Sehingga ke hari ini, pemandu terbabit tidak dapat dikesan.

Kes langgar lari semakin menjadi-jadi, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memasang dashcam di kereta masing-masing sebagai langkah awal untuk merakam bukti kejadian agar dari membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap pemandu yang tidak bertanggungjawab. 


Sebagai cadangan, anda digalakkan menggunakan model dashcam seperti ini yang sangat mudah untuk dipasang dan mempunyai fungsi untuk merakam video di bahagian depan dan belakang kenderaan. 

Model seperti ini berkemampuan merakam video dalam format HD dengan jelas di waktu siang atau malam serta boleh menggunakan storan saiz 64 GB. Anda boleh dapatkan di Shopee dan pastikan anda baca ulasan dari pelanggan sebelum membuat pembelian. 

Sumber: Azmi Ismail via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post