'Tolonglah tuan, saya terpaksa melacur untuk sara anak'

'Tolonglah tuan, saya terpaksa melacur untuk sara anak'



Seorang wanita ditahan polis kerana disyaki menjalani aktiviti pelacuran di sebuah kondominium di Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, petang Sabtu lalu, 8 Februari 2020.

'Tolonglah tuan, saya terpaksa melacur untuk sara anak'
'Tolonglah tuan, saya terpaksa melacur untuk sara anak'

Wanita yang berasal dari Filipina berusia 25 tahun itu memberikan alasan dia terpaksa berbuat demikian untuk menyara anaknya. Namun alasan itu tidak diterima oleh pihak berkuasa menyebabkan dia menangis teresak-esak.

ARTIKEL MENARIK: Polis mula siasatan pembunuhan Altantuya, klip video Najib-Rosmah


Loading...

Operasi yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dna Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menahan wanita itu ketika dia sedang melayan seorang pelanggan di dalam sebuah bilik di kondominium tersebut.

Wanita itu mengaku menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM500 untuk sekali perkhidmatan.

Turut ditahan seorang wanita Filipina berusia 26 tahun dan dua lelaki tempatan yang disyaki merupakan penjaga kepada dua wanita terbabit.

Loading...
loading...

Pemeriksaan juga menemui kondom baru dan terpakai serta beberapa peralatan untuk menghisap dadah.

Suspek dipercayai mencari pelanggan menggunakan aplikasi WeChat. Semua barangan suspek dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana mencari pelanggan bagi tujuan persundalan.

Sumber: Harian Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post