Polis mula siasatan pembunuhan Altantuya, klip video Najib-Rosmah

Polis mula siasatan pembunuhan Altantuya, klip video Najib-Rosmah

PETALING JAYA: Polis memulakan siasatan ke atas 2 kes berprofil tinggi membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan pembunuhan seorang warga Mongolia dan klip audio berkait 1MDB dan SRC International.

Polis mula siasatan pembunuhan Altantuya, klip video Najib-Rosmah
Polis mula siasatan pembunuhan Altantuya, klip video Najib-Rosmah

Dalam kenyataan hari ini, timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan) Bukit Aman Mohd Roze Shaari berkata, 15 saksi telah dipanggil setakat ini berkaitan kenyataan berkanun (SD) bekas anggota polis Azilah Hadri, yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibuu.

ARTIKEL MENARIK:  (Video) Bapa 5 anak maut dirempuh pemandu mabuk di Penang

Loading...

“Bagi melengkapkan siasatan sebelum permohonan Azilah untuk mengkaji semula hukuman matinya ( difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dijadualkan didengar pada 20 Apr 2020),” katanya.

Azilah, bekas seorang cif inspektor mengejutkan banyak pihak apabila memfailkan satu kenyataan berkanun setebal 17 halaman yang mendakwa beliau membunuh Altantuya atas arahan Najib, yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

Beliau membuat dakwaan itu bagi menyemak sabitan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2015. Azilah disabitkan membunuh Altantuya bersama-sama rakan setugasnya, Sirul Azhar Umar.

Beliau juga mendakwa, bekas teman lelaki Altantuya, Abdul Razak Baginda dan pegawai kanan polis Musa Safri maklum tentang “arahan” Najib itu.

Loading...
loading...

Najib dan Razak Baginda yang dilepaskan daripada dakwaan membunuh warga Mongolia itu menafikan dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Roze juga berkata, jabatannya mengenal pasti 12 saksi yang dikaitkan dengan klip video antara Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.

Antaranya ialah Rosmah; ahli Parlimen Baling, Abdul Azreez Abdul Rahim; bekas setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh, dan bekas pegawai khas beliau, Amhari Effendi Nazaruddin.

“Mereka akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya merujuk kepada klip audio yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa membabitkan Najib dan beberapa pegawai berhubung 1MDB dan SRC International.

Roze juga menyentuh penularan berita palsu mengenai wabak koronavirus novel 2019.

Beliau berkata, sehingga kini 22 kertas siasatan dibuka oleh polis di seluruh negara.

Dua daripadanya telah didakwa di mahkamah, sementara 3 kes dikendalikan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan 1 kes di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Kes difailkan di bawah Seksyen 504 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam.

Terdahulu seorang wartawan Wan Noor Hayati Alias didakwa kerana secara sedar membuat kenyataan mengenai koronavirus yang boleh menyebabkan kegemparan awam di akaun Facebook beliau,. Beliau meminta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Roze menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai siasatan yang sedang berjalan selain tidak memuatnaik atau mengonsi maklumat yang boleh menimbulkansuasana tidak harmoni dalam kalangan orang ramai.

Sumber : Free Malaysia Today

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post