Angka korban tembakan rambang di Thai naik kepada 30 orang

Angka korban tembakan rambang di Thai naik kepada 30 orang

BANGKOK: Angka kematian dalam tembakan rambang di Nakhon Ratchasima (juga dikenali sebagai Korat) di timur laut Thailand pada Sabtu, meningkat kepada 30 orang, termasuk anggota tentera yang mengamuk.

Angka korban tembakan rambang di Thai naik kepada 30 orang
Angka korban tembakan rambang di Thai naik kepada 30 orang

Pegawai Kesihatan Nakhon Ratchasma, Dr Rarinrat Pitchayakamin berkata, jumlah mereka yang cedera dan menerima rawatan di hospital juga meningkat kepada 58 orang.

ARTIKEL MENARIK: Gadis terselamat dari dirogol suspek selepas menjerit dia dijangkiti koronavirus

Loading...

“Dua yang cedera parah kemudiannya meninggal dunia di hospital lewat hari ini (Ahad),” katanya dalam sidang media semalam.

Anggota tentera yang dikenali sebagai Jakrapanth Thomma, 32, mengamuk dan melepaskan tembakan rambang di 4 lokasi di bandar itu, kira-kira 250km dari Bangkok pada Sabtu lalu.

Anggota keselamatan kemudiannya menembak lelaki itu pada 9 pagi Ahad (waktu tempatan).

Loading...
loading...

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 3 petang Sabtu, apabila anggota tentera itu menyerang dan membunuh pegawai pemerintahnya dan 2 lagi di Kem Tentera Surathampithak.

Dia kemudiannya mengambil selaras senjata api jenis Heckler & Koch HK33 dan peluru dari artileri, sebelum melarikan diri dengan kenderaan Humvee.

Motif serangan itu disyaki berpunca daripada suspek yang berdendam kerana percaya dirinya ditipu berkaitan satu perjanjian tanah.

Mangsa yang terbunuh dalam tembakan itu termasuk 3 pegawai polis dan seorang pegawai tentera.

Narinrat berkata, 3 mangsa tidak dapat dikenal pasti, termasuk 2 lelaki berusia 20 hingga 25 tahun dan seorang wanita berusia 50 tahun.

“Kami menjangkakan dapat menyelesaikan proses bedah siasat pada Selasa,” katanya.

Terdahulu, beribu-ribu penduduk Thailand berhimpun di Monumen Thao Suranaree yang juga dikenali sebagai Patung Ya Mo di Nakon Ratchasima bagi meratapi kematian mangsa.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha, menerusi catatan di Facebook rasminya berkata:” Sokongan moral sangat penting. Saya percaya kita akan bersama mengharungi mimpi ngeri ini dengan hati yang bersatu.”

Free Malaysia Today

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post