(Video) 'Puas aku dia dah berhenti kerja' - Anak kongsi kisah ibunya menderita disihir rakan sekerja

(Video) 'Puas aku dia dah berhenti kerja' - Anak kongsi kisah ibunya menderita disihir rakan sekerja

Sejak dinaikkan pangkat, wanita ini mula sakit. Puas menjalan pemeriksaan tetapi tidak menemui puncanya sehinggalah dikenalkan kepada seorang pengamal perubatan ini, maka terbongkar segala-galanya.

(Video) 'Puas aku dia dah berhenti kerja' - Anak kongsi kisah ibunya menderita disihir rakan sekerja
(Video) 'Puas aku dia dah berhenti kerja' - Anak kongsi kisah ibunya menderita disihir rakan sekerja

Menurut pengamal perubatan itu, ada yang dengki dengan mangsa sehingga sanggup menggunakan sihir bagi membuatkan mangsa menderita. Malah katanya, si pelaku gembira apabila mangsa telah berhenti kerja.

ARTIKEL MENARIK: Pemilik kafe Islam di Jakarta dikecam kerana cipta menu babi

Loading...

HARI ni aku nak share my first ever experience tengok benda-benda mistik in real life! Biasa tengok dalam movie je gais. Hari ini diizinkan Allah tengok benda-benda ni di depan mata sendiri dan benda ini berlaku pada ibu aku sendiri. 

Ceritanya, hari ini aku bawa mak berubat dengan seorang hamba Allah ini di Kulai, Johor. Tergerak hati nak pergi situ sebab ada kawan ayah yang sembuh selepas berubat dengan individu ini. Nak sampai ke tempat itu, ada macam-macam halangan.

2-3 hari sebelum pergi, mak dah start bual hal. Sakit perutlah, tak boleh bernafaslah, muntahlah macam 'benda' itu tahu kami nak bawa mak pergi berubat. 

Dalam perjalanan tadi, nenek aku ternampak seorang budak kecil (lelaki) berusia lingkungan 4 tahun, lalu di depan kereta kitorang di atas jalan raya dan tiba-tiba dia menjerit. Tetapi sebenarnya budak itu tak ada pun. 

Tiba-tiba tayar kereta macam tak ada angin dan kitorang berhenti di stesen Petronas. Pelik sebab ayah dah periksa keadaan tayar sebelum kitorang gerak. 

Kitorang pergi ke kedai tayar dan ya, tayar itu memang bocor seperti ditoreh dengan pisau. Sedangkan jalan memang cantik. Selepas itu, terus sambung perjalanan ke destinasi. 

Sampai je, orang itu terus ambil plastik dan letak kaki mak di dalam plastik. Ditutup dengan kain kuning. Dia macam tebuk ibu jari mak guna pin dan tiba-tiba dia tunjuk serbuk yang keluar dari kaki mak. Nak tahu itu serbuk apa? Serbuk besi dan abu mayat yang dihantar kat mak. 

2.jpg

Seperti mana yang dapat dilihat pada gambar, itulah serbuk-serbuk yang keluar dari kaki mak. Serbuk ini dihantar melalui santau angin. Yang nampak berair itu sebab dia sapu kaki mak menggunakan minyak supaya tak sakit sebab nak mengeluarkan paku yang keluar dari ibu jari kaki mak. Bila tarik jer, dah karat. 

Ayah sendiri yang tarik paku itu keluar, dalam empat batang paku. Memang kitorang satu family terkejutlah sebab pertama kali tengok. Kemudian, aku dan ayah dipanggil masuk ke dalam bilik orang tu. Katanya, dia nak cuba tarik apa yang ditanam dari rumah kitorang. Dia baca-baca ayat Al-Quran dan tiba-tiba ada sesuatu yang melayang jatuh di depan aku. 

Loading...
loading...

and tiba2 ada something melayang jatuh depan aku gais T-T YES! BETUL2 JATUH DEPAN AKU..Dlm 2nd pic tu mnde tu la yg melayang depan mata aku...Korang nk thu dlm tu ad ap?Nah... Can u imagine ad tulang manusia n minyak dagu dlm tu? OMFG pic.twitter.com/hvPNmBnwwr
— 💕bbygirl (@xxxoshAuni) January 16, 2020
Yes! Betul-betul di depan aku. Dalam gambar kedua itu, itulah benda yang melayang di depan mata aku. Nak tahu apa isi dalamnya? Bayangkanlah tulang manusia dan minyak dagu di dalam tu. OMG! 

3.jpg

Benda itu dah duduk dalam badan mak selama dua tahun. Dari mula dia dinaikkan pangkat, kami pindah ke rumah baru dia dah mula sakit. Mula-mula sakit biasa je, muntah-muntah, ingatkan gastrik. Ada satu malam itu mak ditindih, ketika itu ayah outstation dan sejak dari itulah dia sakit. 

Mak demam berpanjangan dan tak boleh tidur for a year. Akhirnya tahun lepas, doktor diagnosed mak ada sakit buah pinggang tahap empat dan segala-galanya berubah sekelip mata. Bulan April tahun lalu, dah mula keluar masuk hospital yang juga dah jadi seperti rumah kedua. 

Ustaz? Hemeopathy semua jenuh dah berubat, ikhtiar semua tetapi memang tak jalanlah senang cerita. Banyak habis hanya untuk mak berubat. Duduk di hospital lama-lama pun doktor masih tak dapat nak tentukan apa rawatan yang terbaik untuk mak dan kitorang semua ambil keputusan untuk teruskan saja dialisis. 

Disebabkan keadaan mak memang dah agak teruk masa tu, mak hilang berat 23 kilogram dalam masa tiga bulan. Selepas regular dialisis pun kaki mak masih keras macam batu, macam darah tu tak mengalir. Sampai doktor pun pelik sebab darah diam emang dah bersih masa tu dan sepatutnya mak dah boleh berjalan tetapi memang tak boleh. 

Korang bayangkanlah, akibat dengki manusia boleh buat mak sampai jadi begini. Dua tahun mak aku merana, menderita. Kalau gangguan itu, tak payah ceritalah, memang selalu ada. Benda itu memang follow kitorang di mana-mana. 

Last sekali aku ingat aku nampak benda itu masa check in hotel Melaka, sebelum aku nak daftar masuk universiti. Malam tu aku dengar ada orang ketuk pintu, aku nak pergi bukalah sebab ingatkan ayah, memang dia keluar pergi beli barang sebelum itu. Bila aku intai di lubang pintu, nampak seorang pakcik tua pakai sesuatu di kepala seperti tanjak dan tak jelas sangat. 

Aku ni pendek, terjengket-jengket nampak benda lain kau rasa? Dia memang tengah tengok kat lubang itu dan menjeritlah aku dan lari kat mak. Kali kedua pintu diketuk, memang aku tak pergi tengok sampai ayah call dan memang betul-betul dia di luar pintu. 

Masa nak mandi tu, aku rasa lain macam. Bilik airnya luas. Masa tengah mandi, rasa seperti diperhatikan sesuatu. Fahamkan perasaan itu? Lagi-lagi bila tengah syampu rambut pejam mata.. Bila buka je macam nampak macam ada benda di tub mandi. Aku terus jerit panggil ayah. Suruh dia temankan mandi. 

Gigih aku Google. Bayangkan kau nampak benda bertenggek di atas bathtub tu Ya Rabbi. Tapi yang aku pelik, itu bukan benda yang sama aku nampak di luar pintu tu. Actually yang pakcik tua tu memang aku dah pernah nampak duk perhati dari luar pagar. 

Bila mak ayah dah tidur, aku layanlah drama Korea sampai 2-3 pagi seorang diri di luar sebab dah biasa. Ada satu malam tu aku pergi ke dapur nak minum. Balik semula ke ruang tamu, nampak pakcik itu di luar pagar rumah kitorang. Langsir terselak sikit jadi aku nampak dari sliding door.

Orang yang rawat mak aku tu cakap, mak akan jumpa siapa yang buat dia tu dalam mimpi dia nanti yang mana orang itu akan malu dengan apa yang dia dah buat pada mak aku. Memang dia tak beritahu orangnya, cuma dia beritahu orang yang buat ini adalah perempuan dan dia adalah rakan sekerja mak aku. 

Dia senang hati sangat sebab mak dah berhenti kerja. Baru start tahun ni. Kalau betullah rakan sekerja dia, aku tak tahulah nak cakap apa. Semua ustazah tuduh labuh pakai handsocks segala kat situ. 

Apa-apa pun, berhati-hatilah. Kita sama-sama ikhtiar. Mak pun bukan lima kali berubat terus dapat keluar macam ni. Dah macam-macam tempat dan ayah jenis yang kuat semangat, susah give up. Menangis, deirta semua kami sekeluarga dah rasa. Sehinggalah diizinkan Allah berjumpa dengan hamba Allah ini. 

Ada lagi yang aku tak cerita sebenarnya. Mak kena lalui pembedahan di paha dan betis. Mula-mula kelihatan seperti kudis kecil dan tiba-tiba dia jadi lump dan berbau macam bernanah di dalam. Pergi hospital, memang doktor koreklah paha dia. Seksa gais. 

Mak dah boleh berjalan sikit-sikit. Terima kasih kepada yang tolong doakan mak aku. 

Sumber: Auni 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post