Pemilik kafe Islam di Jakarta dikecam kerana cipta menu babi

Pemilik kafe Islam di Jakarta dikecam kerana cipta menu babi

Seperti sesetengah agama, Islam tidak membenarkan umatnya makan daging babi, manakala penganut Hindu tidak boleh makan daging lembu.


Tetapi, terdapat sebuah kafe di Indonesia yang menawarkan masakan daging babi kepada umat Islam “liberal”.

ARTIKEL MENARIK: 'Buat hal kat Perak, sampai ke Banting polis buru Samseng Kemam Lidah' - Suspek Road Bully telah ditahan

Loading...

Panggangin yang menyajikan menu berasaskan babi diusahakan Derra yang beragama Islam dan Sulung ialah “vegetarian”.

Alasan mereka berbuat demikian kerana ada di kalangan umat Islam yang minum alkohol, menghisap dadah dan berzina.

“Itu semuanya haram bukan? Jadi apa salahnya makan babi. Ianya hanya makanan. Apa bahaya yang akan timbul?” soal mereka.

Loading...
loading...

Tindakan mereka mendapat kecaman netizen kerana ia memberi gambaran dan pengaruh buruk kepada umat Islam di Jakarta.

Laman sosial Instagram Panggangin juga ditutup kerana kritikan dan komen tidak memberangsangkan yang memaksa mereka tidak lagi mempromosikan kafe itu secara terbuka.

 Free Malaysia Today

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post