Tulang berselerak, China musnah kubur etnik Uyghur

Tulang berselerak, China musnah kubur etnik Uyghur

BEIJING, 7 Jamadilawal 1441H, Jumaat – Seorang penyair Uyghur terkejut selepas mengetahui kubur ayahnya diratakan sekali gus mendedahkan lebih daripada 100 kubur etnik minoriti muslim dimusnahkan oleh pihak berkuasa China.

Tulang berselerak, China musnah kubur etnik Uyghur
Tulang berselerak, China musnah kubur etnik Uyghur

Aziz Isa Elkun, yang menetap di utara London menceritakan selama ini beliau ‘tidak tahu’ di mana makam ayahnya, selepas China mula memusnahkan tapak perkuburan di mana jenazah generasi etnik keluarga Uyghur dikebumikan.

ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Kau buat hidup kitorang macam neraka!' - Anak keluarkan mayat bapa dari keranda dan tampar bertubi-tubi


Loading...

Beliau melarikan diri dari wilayah Xinjiang di barat China hampir 30 tahun lalu dan hanya dapat melihat kubur bapanya hampir dua tahun di Xayar County di peta Google selepas diberitahu beliau tidak sepatutnya kembali ke negara asal.

Bagaimanapun selepas Aziz melihat kembali imej kubur berkenaan pada Jun tahun lalu, imej satelit baru menunjukkan bahawa ia telah musnah sepenuhnya bersama-sama makam lain di kawasan tanah perkuburan berkenaan.

Loading...
loading...

“Ketika saya masih kecil, kami akan menziarah kubur ayah, berdoa di masjid, melawat saudara-mara. Seluruh masyarakat dihubungkan dengan tanah perkuburan itu. Kini saya terkejut dan tidak tahu apa yang berlaku,” katanya.

Kisah Aziz bukanlah sesuatu yang mengejutkan. China telah memusnahkan tanah perkuburan Uyghur selama beberapa tahun sehingga dikecam pengkritik sebagai kempen yang lebih luas dan terkoordinasi untuk mengawal kepercayaan Islam dan kumpulan minoriti muslim di sempadannya.

Berdasarkan siasatan AFP dan imej satelit Earthrise Alliance, puluhan perkuburan dimusnahkan di wilayah Xinjiang sejak dua tahun lalu.

China memusnahkan perkuburan etnik Uyghur, terutama tokoh terkenal. Mereka menjadikannya taman atau tempat letak kereta, malah kubur yang tulangnya berselerakan dipercayai untuk melenyapkan identiti etnik itu.

Sebahagian kubur diratakan tanpa rasa hormat seperti di daerah Shayar dengan tulang manusia berselerakan di tiga lokasi. Di kawasan lain, kubur dipecahkan menjadi timbunan batu-bata.

Pihak berkuasa China menyatakan tindakan meratakan perkuburan lama itu bagi memberi laluan kepada projek baru namun menurut etnik Uyghur di luar negara, ia bertujuan mengawal setiap aspek kehidupan etnik Islam itu. – Agensi

Portal Islam dan Melayu 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post