Perletakan jawatan Maszlee kemenangan besar buat DAP?

Perletakan jawatan Maszlee kemenangan besar buat DAP?

BERDASARKAN pemerhatian saya, dalam ramai-ramai Menteri, Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada pemimpin DAP.

Perletakan jawatan Maszlee kemenangan besar buat DAP?
Perletakan jawatan Maszlee kemenangan besar buat DAP?

Dalam enam isu besar ini, beliau telah diserang beramai-ramai oleh pemimpin DAP.

ARTIKEL MENARIK: Myvi terjunam dalam parit sawah, budak 2 tahun meninggal dunia

Loading...

Isu 1: Tiada peruntukan sekolah menengah persendirian Cina

Seawal Julai 2018 lagi, bila Dr Maszlee memaklumkan di Parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi SMPC, kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional, beliau terus diserang oleh pemimpin DAP, khususnya, Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, dan ADUN Bercham, Ong Boon Piow.

Paling keras adalah kenyataan Ong Boon Piow pada 26 Julai 2018 berbunyi: “Perdana Menteri perlu menilai semula kedudukan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan”.

Isu 2: Guru agama semenanjung jadikan Sarawak medan dakwah

Datang bulan Disember 2018, bila Dr Maszlee menasihatkan di Parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung menjadikan Sarawak sebagai medan dakwah, beliau diserang oleh pemimpin DAP, khususnya ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang, dan Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa.

Paling keras adalah, kenyataan Abdul Aziz Isa pada 21 Disember 2018 berbunyi: “Dr Maszlee should pack up his things and send a resignation letter to Prime Minister”.

Loading...
loading...

Isu 3: Kuota pelajar matrikulasi universiti awam

Serangan yang lebih keras datang bila Dr Maszlee mempertahankan, keputusan Jemaah Menteri pada 24 April 2019 yang mengekalkan kuota 90% Bumiputera dan 10% bukan Bumiputera untuk kemasukan pelajar matrikulasi universiti awam yang menyebabkan, 20 pemimpin DAP meluahkan rasa tidak puas hati mereka dalam satu kenyataan bersama.

Empat serangan paling keras datang daripada:

(1) Ahli CCC DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, yang menyebut pada 17 Mei 2019: “Dr Maszlee is stupid, big idiot”.
(2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “What is the difference between Dr Maszlee and UMNO politicians?”
(3) Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “Stupid! Mastery of any language is a skill and no longer a racial trait”.
(4) Ahli CCC DAP merangkap Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khim, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “We need a better education minister”.

Isu 4: Pengajaran tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan

Bila pengenalan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan menjadi isu pada Julai 2019, sekali lagi, Dr Maszlee menjadi mangsa serangan beramai-ramai pemimpin DAP, kali ini oleh 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 ADUN, yang menentangnya dengan menyebut pada 31 Julai 2019: “Jika jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia.”

Antara yang paling lantang menyerang adalah:

(1) ADUN Kota Kemuning dan Ahli EXCO Kerajaan Selangor, V Ganabatirau, yang menyebut pada 5 Ogos 2019: “The minister seems to be having a lot more focus on the shoe and stocking colors and introducing khat which carries no significant values to the students.”
(2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “Having lost credibility Maszlee Malik has the temerity to say that khat has nothing to do so with Islam.”
(3) Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa, yang menyebut pada 13 Ogos 2019: “If you can’t take the heat, leave the chair! We need a more progressive and moderate Education Minister.”

Isu 5: Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’

Seterusnya, bila Dr Maszlee mengumumkan pada 17 Oktober 2019 bahawa beliau telah mengarahkan JPN dan PPD untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, tulisan Hew Kuan Yau yang didakwa menyebarkan fahaman komunis, beliau sekali lagi diserang beramai-ramai.

Kali ini, beliau diserang oleh 43 pemimpin muda DAP yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda DAP merangkap ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong, yang beramai-ramai bertanya: “Kita nak tanya Maszlee, adakah beliau menteri dilantik PH atau UMNO? Jikalau dilantik oleh PH, mengapa perbuatan beliau semakin cenderung kepada UMNO yang rasis?”

Isu 6: Soalan peperiksaan hubungan etnik UNIMAP

Paling mutakhir, Dr Maszlee diserang lagi oleh pemimpin DAP susulan tularnya soalan peperiksaan, bagi matapelajaran Hubungan Etnik di UNIMAP yang menyifatkan Dr Zakir Naik sebagai ikon umat Islam dan susulan kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi bahawa ia tidak akan campur tangan dalam urusan pelaksanaan program akademik universiti.

Antara yang paling lantang menyerang adalah:

(1) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang menyebut pada 30 Disember 2019: “Maszlee Malik failed to take the initiative to reform the public universities. These universities are merely exaggerated versions of secondary schools.”
(2) Ahli Parlimen Klang merangkap Pengerusi SPAN, Charles Santiago, yang menyebut pada 1 Januari 2020: “Maszlee has not only failed to revamp the education system but has also not been successful in ensuring public educational institutions don’t further fan elements of racism.”
(3) Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, yang menyebut pada 2 Januari 2020: “The Ministry of Education cannot wash its hands of responsibility if ethnic relations courses in universities and institutions exacerbate and incite inter-racial and inter-religious misunderstanding, distrust and hate.”

Oleh itu, bila Dr Maszlee secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam keadaan beliau telah dan sedang diserang secara beramai-ramai oleh pemimpin DAP dalam pelbagai isu, maka pastilah persepsi yang timbul meluas di kalangan orang ramai ialah perletakan jawatan ini merupakan satu kemenangan yang amat besar untuk DAP.

Malah, tidak sedikit yang menyebut pemimpin DAP, khususnya yang begitu lantang mendesak Dr Maszlee supaya meletakkan jawatan sedang beraya besar waktu ini.

Soalnya ialah benarkah DAP sudah menang besar?

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Pensyarah Kanan
Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Kenyataan ini pertama kali disiarkan dalam Facebook penulis.

Portal Islam dan Melayu

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post