WASHINGTON, 9 Jamadilawal 1441H, Ahad – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam akan menyerang 52 lokasi di Iran, sekiranya negara itu bertindak balas terhadap rakyat atau aset milik Washington.
Trump ancam serang 52 lokasi Iran jika ganggu aset AS |
Tidak menunjukkan tanda-tanda usaha untuk meredakan ketegangan di rantau ini, Trump dalam ciapan di laman Twitter memberi amaran bahawa AS telah menyasarkan 52 lokasi Iran yang mana beberapa daripadanya adalah sangat penting untuk Iran.
ARTIKEL MENARIK: Puluhan rakyat Iraq berarak, kongsi rasa sedih kematian Qassem, Muhandis
Loading...
52 sasaran itu mewakili 52 warga Amerika yang telah menjadi tebusan di Iran selama 444 hari selepas ditangkap di kedutaan AS di Tehran pada November 1979, katanya.
Ketegangan antara kedua negara semakin memuncak sejak Jumaat, selepas AS membunuh komander Iran, Qassem Soleimani, ketua pasukan paramiliter Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis serta beberapa lagi individu, dalam serangan udara pada konvoi mereka di sebuah lapangan terbang di Baghdad.
Loading...
loading...
Semalam, beberapa roket dilaporkan dijatuhkan di sekitar Baghdad, termasuk di dalam kawasan ‘Green Zone’ dan pangkalan udara Balad di perumahan AS.
Tiada korban dilaporkan dalam serangan roket berkenaan, seperti disahkan oleh jurucakap tentera Amerika Syarikat, Kolonel Myles B Caggins III.
Beliau berkata, tidak ada tentera yang cedera tetapi penduduk Iraq mungkin terancam. – Agensi
Portal Islam dan Melayu
Post a Comment