Anwar mahu tarikh khusus peralihan kuasa

Anwar mahu tarikh khusus peralihan kuasa

BANGI, 9 Jamadilawal 1441H, Ahad – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tarikh khusus pelan peralihan kuasa dibincangkan, berikutan wujud kebimbangan terdapat percubaan luar untuk menggugat keputusan awal melantik beliau sebagai Perdana Menteri.

Anwar mahu tarikh khusus peralihan kuasa
Anwar mahu tarikh khusus peralihan kuasa

Bagaimanapun, Presiden PKR itu yakin Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan membincangkan tarikh khusus peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

ARTIKEL MENARIK: 'Tolong jangan beritahu isteri saya tuan' - Lelaki berstatus suami ditahan berkhalwat dengan janda di malam tahun baru



Loading...

“Ada pandangan begitu tetapi seperti dipersetujui, ia harus dibincang antara saya dengan Perdana Menteri dan sebaiknya dalam forum Majlis Presiden untuk tentukan tarikh kepastian.

“Ia wajar dibincang dalam suasana cukup baik, tidak perlu dihangatkan isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) supaya Sekretariat PH menetapkan tarikh khusus dalam pelan itu.

Loading...
loading...

Sebelum ini, Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meminta mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang membincangkan isu peralihan kuasa Perdana Menteri pada Mei ini.

Kata Akmal Nasrullah, proses peralihan kuasa jawatan nombor satu negara dalam tempoh dua tahun selepas PH menjadi kerajaan perlu diperincikan bagi menjamin kelangsungan agenda gabungan itu.

Dr Mahathir sebelum ini mengumumkan peralihan kuasa kepada penggantinya akan dilaksanakan selepas berakhir Sidang Kemuncak Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020, akhir tahun ini.

Sumber:  Portal Islam dan Melayu


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post