Tengah khusyuk main PUBG, tiba-tiba lelaki ini diserang strok & meninggal dunia

Tengah khusyuk main PUBG, tiba-tiba lelaki ini diserang strok & meninggal dunia

Seorang lelaki berusia 25 tahun secara tiba-tiba diserang strok dan meninggal dunia ketika sedang asyik bermain permainan PUBG.

Tengah khusyuk main PUBG, tiba-tiba lelaki ini diserang strok & meninggal dunia
Tengah khusyuk main PUBG, tiba-tiba lelaki ini diserang strok & meninggal dunia

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 16 Januari 2020 di Maharashtra, India dan mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 18 Januari 2020.

ARTIKEL MENARIK: 'Bila diajak main, mereka terus masuk bilik buka baju' - Kecewa ditinggalkan teman wanita, lelaki ini jadi pedo & ratah 11 pelajar lelaki

Loading...

Menurut laporan bedah siasat, strok yang dialami oleh mangsa disebabkan pendarahan teruk di bahagian otak yang dipercayai berpunca dari ketagihan mangsa bermain PUBG.

Tidak dinyatakan sama ada mangsa merupakan pemain tegar PUBG Mobile atau hanya pemain biasa yang terlampau heboh ketika bermain permainan tersebut.

Kejadian terbaru ini sedikit sebanyak menjejaskan imej permainan yang dihasilkan oleh Tencent.

Loading...
loading...

Dalam kes sebelum ini, seorang lelaki meninggal dunia ketika kerana terlalu asyik bermain PUBG sehingga terminum cecair pencuci.

Mangsa, Saurabh Yadav pada hari kejadian dalam perjalanan ke Agra, India bersama dengan rakannya. Dalam perjalanan, mangsa yang berusia 20 tahun itu mula bermain PUBG. Bila dia terasa haus, dia terus mengambil botol yang disangkakan botol air lalu meneguk air itu sebelum terasa badannya kepanasan.

Sumber: Sosok  via The Reporter

LAPORAN BERKAITAN



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post