Seorang lelaki berusia 20 tahun meninggal dunia selepas secara tidak sengaja terminum cecair pencuci yang disangkanya air kerana dia terlalu fokus bermain permainan PUBG di telefon pintarnya.
Lelaki maut selepas terminum cecair pencuci kerana terlalu fokus bermain PUBG |
Lapor Oriental Daily, mangsa yang dikenali sebagai Saurabh Yadav ketika itu berada dalam tren bersama beberapa rakannya yang dalam perjalanan ke Agra, India, dari Madhya Pradesh.
ARTIKEL MENARIK: 'Dulu dia rogol ibu saya' - Dendam, remaja tikam perogol ibunya bertubi-tubi sampai mati
Loading...
Dalam perjalanan itu, mangsa meluangkan masa untuk bermain PUBG dan tidak lama kemudian dia berasa haus. Dengan mata yang masih fokus pada telefon, Yadav membuka beg rakannya dan mengeluarkan satu botol air tanpa melihat pada labelnya kerana menyangka botol itu berisi air minuman.
Tidak lama kemudian, Yadav terasa badannya panas dan segera melihat semula botol air yang dikeluarkannya itu dan terkejut apabila mendapati dia terminum cecair pencuci.
Panik dengan kejadian itu, Sharma dan rakan-rakan lain cuba meminta bantuan tetapi tren bergerak dengan kelajuan pantas dan hanya akan berhenti di destinasi yang telah ditetapkan.
Loading...
loading...
Malangnya ketika mereka tiba di Agra, Yadav telah meninggal dunia akibat keracunan.
Apabila disoal siasat polis mengapa dia membawa cecair itu, Sharma menjelaskan dia merupakan penjual barang kemas dan memerlukan cecair pencuci itu untuk mencuci barangannya.
Bagaimanapun keluarga mangsa percaya Sharma sengaja membiarkan Yadav minum air tersebut kerana tahu ia akan memberikan kesan buruk terhadap mangsa.
Post a Comment