Pemergian Muhammad Ata kehilangan besar buat negara

Pemergian Muhammad Ata kehilangan besar buat negara

JOHOR BAHRU, Pemergian atlet powerlifting Orang Kurang Upaya (OKU) Muhamad Ata Maarof akibat kebakaran di rumah keluarganya di Taman Pagoh Jaya dekat Muar, hari ini, disifatkan sebagai kehilangan besar buat arena sukan para negara.

Pemergian Muhammad Ata kehilangan besar buat negara
Pemergian Muhammad Ata kehilangan besar buat negara

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Ekonomi negeri Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, beliau akan melawat keluarga atlet berusia 28 tahun yang pernah meraih pingat gangsa dalam Para Sukan Malaysia (Sukma) ke-19, dua tahun lepas, setelah selesai urusan rasmi di luar negara pada 7 Januari ini.

ARTIKEL MENARIK: Pemain Ragbi Terkenal Kesal Gambar Sedang Berdoa Di Padam IG. Selepas diselidiki, dia terpksa minta maaf dgn seorang rakyat Malaysia

Loading...

“Takziah saya ucapkan buat keluarga arwah… pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat arena sukan para negara apatah lagi negeri Johor sendiri.

“Malah saya juga telah memaklumkan khabar duka ini kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) serta pihak kerajaan negeri sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solihin dan jasa serta sumbangan Muhammad Ata akan sentiasa dikenang.

Loading...
loading...

Muhammad Ata meninggal dunia selepas dapur rumahnya terbakar sebanyak 60 peratus dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip yang dihubungi mengesahkan Muhammad Ata yang lumpuh akibat kemalangan lima tahun lepas, ditemui rentung.

Muhammad Ata yang mewakili Johor, meraih pingat gangsa pada temasya Para Sukma ke-19 di Perak dua tahun lepas, dengan angkatan 55 kilogram bagi kategori 65 kilogram. -Bernama

Portal Islam dan Melayu

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post