Sesiapa yang mengikuti perkembangan sukan ragbi dunia sudah tentu mengenali pemain Sonny Bill Williams iaitu pemain ragbi beragama Islam yang bermain dalam pasukan All Black yang bertapak di New Zealand.
Pemain Ragbi Terkenal Kesal Gambar Sedang Berdoa Di Padam IG. Selepas diselidiki, dia terpksa minta maaf dgn seorang rakyat Malaysia |
Sejak pagi tadi, nama pemain tersebut seakan berlegar-legar di media sosial berikutan kenyataannya yang mendakwa fotonya sedang berdoa di padang ragbi telah di pada@m oleh pihak Instagram.
ARTIKEL MENARIK: Cemburu 2 anaknya rogol anak angkat, wanita cekik budak 5 tahun sampai mati
Loading...
Kesal dengan tindakan tersebut, Sonny telah memuat naik status bertanyakan perihal mengapa gambar yang dimuat naik dipa2dam oleh Instagram sedangakan tiada perkara yang mencuri1gakan disitu.
Minta maaf dengan jurugambar Malaysia
Namun begitu, selepas beberapa ketika, Sonny Williams telah memuat naik kembali gambar tersebut dan memohon maaf diatas sa@lah faham yang berlaku. Sebenarnya gambar itu adalah milik seorang jurugambar Malaysia dikenali sebagai Faiz Azizan.
Menerusi gambar itu, terdapat tera air atau water mark milik jurugambar tersebut dan dimuat naik oleh William tanpa kebenaran. Oleh hal demikian, gambar atlet beragama Islam itu dianggap sebagai plagi1at oleh pihak Instagram.
loading...
Sekadar salah faham
Terdahulu, Faiz Azizan telah memuat naik gambar yang diambil ketika perlawanan ragbi yang melibatkan pasukan All Black dan Sonny William turut bermain.
Dia telah memuat naik gambar itu dengan kapsyen “Assalamualaikum brother” ditujukan kepada Sonny Bill Williams dan secara tidak sengaja telah mendapat perhatian daripada pemain berbakat tersebut.
Kronologi Ringkas Superstar Ragbi All Black Yang Memeluk Islam
Peminat ragbi pasti mengenali lelaki yang mempunyai wajah seperti Channing Tatum ini. Beliau bukanlah Channing Tatum, tetapi beliau adalah Sonny Bill Williams, seorang pemain ragbi profesional yang bermain untuk All Black dan pernah bersama pasukan itu memenangi Rugby World Cup (RWC) pada tahun 2011 dan 2015.
Para pembaca diingatkan agar lebih berfikiran terbuka ketika membaca artikel ini dan cuba ambil sesuatu yang posi1tif dari pengalaman Sonny Bill Williams.
Kehidupan Awal Sonny Bill Williams
sonny bill williams ketika muda remaja
Williams dilahirkan pada 3 Ogos 1985 di Auckland, New Zealand, kepada pasangan John dan Lee. Beliau mempunyai seorang abang, dan 2 orang adik perempuan kembar.
Williams membesar dalam keluarga kelas pekerja di sebuah rumah di pinggir bandar, iaitu di Mount Albert.
Menceritakan kisah hidup keluarga yang penuh dengan pergeluvtan ma@salah, faktor utama yang yang menyebabkan beliau untuk menjadi seorang pemain ragbi profesional adalah untuk membeli ibu beliau sebuah rumah.
Beliau menggambarkan diri sendiri semasa zaman kanak-kanak sebagai seorang budak berkulit putih yang kecil dan kurus, dan seorang yang sangat pema@lu.
Namun, beliau mempunyai bakat bersukan, menjadi seorang pelari yang berdaya saing, johan lompat tinggi serta seorang pelari jarak jauh. Beliau turut bermain ragbi sejak kecil, dan bermain untuk pasukan yang lebih senior berbanding umur beliau.
Walaupun bapa beliau merupakan seorang bekas pemain ragbi profesional, William berkata ibu beliau yang memperkenalkan sukan itu kepada beliau.
Sonny Bill Williams Dahulunya Penuh Kontrov3ersi, Kini Mencari Keserhanaan Dalam Hidup
Semasa zaman remaja lagi, beliau telah bermain untuk kelab ragbi ternama di Australia. Beliau terikut-ikut akan budaya meminum @alkohol yang tidak asing lagi bagi kelab-kelab berkenaan.
Beliau juga pernah terpalit dengan kontrove3rsi dan dim@alukan oleh media tempatan selepas ditangkap berdu@aan dalam posisi menghai1rahkan dengan seorang model di sebuah ta@ndas.
Namun, semua zaman itu sudah berlalu. Ketika berpindah ke Perancis pada awal permulaan karier sebagai pemain ragbi, beliau berjiran dengan sebuah keluarga dari Tunisia.
Pasangan Muslim itu mempunyai 5 orang anak dan mereka tinggal di sebuah flat satu bilik. William sangat rapat dengan keluarga itu, dan beliau dapat melihat kegembiraan mereka dari dekat. Kehidupan mereka sangat sederhana.
Pengalaman ini menjadi hi1dayah buat beliau yang akhirnya memeluk Islam pada tahun 2009 ketika masih di Perancis. Menurut beliau:
Satu perkara yang saya pelajari selama ini adalah kesederhanaan adalah kunci, di atas padang, dan di luar padang.
Saya kini seorang Muslim sejati. Islam memberikan kebahagian kepada saya. Ia membuatkan saya bersyukur sebagai seorang manusia, membantu saya untuk berkembang. Saya percaya akan Islam, dan ia membantu saya menjadi diri saya hari ini.
Sonny Bill Williams Sebagai Peninju Profesional
Loading...
loading...
Sumber Foto: stuff.co.nz
Selain kerjaya sebagai pemain ragbi, beliau turut meminati sukan tinju. Selepas menjinakkan diri dengan sukan itu, beliau beberapa kali menyebut bagaimana ia membuatkan beliau berasa lebih baik, lebih yakin dan mempunyai mental yang lebih kuat sebagai seorang ahli sukan.
Pada 27 Mei 2009, Williams pertama kali bertarung sebagai peninju profesonal di bawah bimbingan rakan karibnya, iaitu Anthony Mundine. Dalam pertarungan yang berlansung di Brisbane itu, beliau berjaya menewaskan Garry Gur dengan technical knockout (TKO) pada pusingan kedua.
Pada 30 June 2010, beliau meng@alahkan Ryan Hogan melalui TKO dalam tempoh masa 2 minit 25 saat sahaja. Williams menggambarkan persiapan untuk perlawanan tersebut sebagai latihan luar musim yang baik untuk diri beliau. Ianya juga sebagai persiapan untuk bersama buat kali pertama dengan pasukan ragbi Canterbury.
Sumber : Sonny Bill Williams, Faiz Azizan, https://iluminasi.com/ via Sinar Viral Network
Post a Comment