Laporan lengkap bedah siasat Nora Anee dalam masa terdekat, kata polis

Laporan lengkap bedah siasat Nora Anee dalam masa terdekat, kata polis

NILAI: Laporan lengkap bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin akan diperolehi dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop.

Laporan lengkap bedah siasat Nora Anee dalam masa terdekat, kata polis
Laporan awal bedah siasat mendapati Nora Anne Quoirin mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan berpanjangan.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada pasukan patologi sebelum mengemukakannya kepada Jabatan Peguam Negara.

ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Penunggang motosikal itu enggan berhenti, lari & rempuh 2 pegawai JPJ'

Loading...

“Laporan penuh kita jangka dalam masa terdekat akan kita peroleh daripada (pasukan) patologi, lain-lain laporan tiada,” katanya kepada Bernama selepas perasmian penutup Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Che Zakaria Othman dan Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd Nor Marzukee Besar.

Katanya, berdasarkan laporan awal yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara, kes berkenaan setakat ini dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Loading...
loading...

Nora yang berusia 15 tahun tiba di Malaysia bersama keluarganya untuk percutian selama 2 minggu dan mendaftar masuk di resort The Dusun Pantai Hill, Pantai, dekat sini pada 3 Ogos tahun lalu, sehari sebelum remaja itu dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya.

Mayat remaja itu ditemui pada 13 Ogos, iaitu 10 hari selepas kehilangannya oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, sekitar 2.5km dari resort itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora, yang mengalami masalah pembelajaran, tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan berpanjangan.

Free Malaysia Today
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post